Sunday 27 March 2011


Bismillahirahmannirahim,

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah,bersyukur aku kepadaMu kerana masih diberi peluang untuk merebut CintaMu di dunia ini sebagai ladang dan menuai hasilnya di akhirat,Alhamdulillah.

Sahabat,itu tajuk secara spontan yang saya baru fikirkan untuk penulisan saya kali ini,bukan apa,kerana sepanjang hidup saya didunia ini sehingga di era menara suluh budiman ini,banyak kisah dan kadang-kadang saya sendiri mejadi watak dalam kisah tersebut.

Seronak rasanya bila kita sentiasa didampingi dan diberi perhatian dalam hidup ini,gelak ketawa bersama-sama,makan bersama-sama,dan macam-macam lagilah kisah yang menunjukan kita ini sebagai sahabat sejati.Kadang-kala,semasa kita berada diambang kejayaan dan kesenangan,ramai orang ingin menjadi sahabat kita sehingga kita rasa kita mempunyai ramai sahabat-sahabat yang sanggup bersama-sama dengan kita.Namun bila mana kita berada dalam ambang kesusahan,kita dipinggirkan,kita dihina dan macam-macam lagi yang dilakukan oleh mereka kepada kita.

Dari situ saya melihat,manakah sahabat yang sebenar?Saya juga berasa kadang-kadang memang keseorangan bila mana saya berasa sedih kerana tiada sesiapa pun yang mahu atau sanggup berkongsi dengan saya,saya menangis,sedih,dan pernah rasa hidup ini tiada nilai.

Namun,sekarang,saya berasa lega kerana baru saya sedar,ada yang sanggup dengar rintihan saya,aduan saya,dan macam-macam lagi masalah saya.Dia tidak pernah merungut malah lebih suka saya meluahkan segala masalah saya,Dia lebih suka saya bergantung sepenuhnya padaNya.Siapa DIA?

DIA adalah Tuhan sekian alam,Allah S.W.T.Memang betul jika kita cuba mencari cinta manusia,memang dia akan berakhir dengan tradegi,tetapi jika kita mencari cinta hakiki,kita akan mendapat kebahagian didunia dan diakhirat.

Bagaimana mahu mendapat cinta hakiki?

Buat sesuatu pekerjaan atau perbuatan yang mengikut syariat keranaNya,bukan kerana makhluk.

Untuk apa?

Untuk mendapat keredhaanNya didunia dan diakhirat.

Jadi bagaimana sahabat-sahabat,pilihlah mana cinta yang tepat....jawapannya saya serahkan pada sahabat-sahabat...

Mari merebut cinta hakiki.^_^

Monday 21 March 2011

Komunikasi...

Bismillahirahmanirahim

Telefon bimbit sekarang sudah tidak asing lagi di masa kini. Sudah menjadi kewajipan setiap manusia memiliki telefon bimbit bagi memudahkan perhubungan.Jika seseorang itu tidak memiliki telefon bimbit pasti menjadi sesuatu yang asing kerana setiap orang memiliki telefon bimbit.Bermula dari sekolah rendah sehingga ke peringkat pekerjaan boleh dikatakan setiap orang memiliki telefon bimbit.Jika kita hendak menghubungi seseorang yang penting pasti kita kena tahu kod atau nombor telefon bimbitnya kan?

Setiap masa kita menghadap telefon bimbit bagi menghubungi seseorang yang amat penting sehinggakan kadang-kala kita menjadi resah dan gelisah bak kata makan tak kenyang,mandi tak basah,tidur tak lena dan apa-apa lagi ayat-ayat bunga.Sebelum tidur pun kita pasti menghadap telefon bimbit kita bagi memastikan kita tidak lupa "sidia" dan kadang kala kita kita samggup bangun tengah malam bagi bercakap dengannya,alangkah indahnya hidup ini,bagaikan kita rasa dunia sedang meraikan kita.

Namun,jangan kita lupa,dalam ibadat pun kita ada juga komunikasi dengan yang Maha Mencipta.Untuk menghubungiNya,kita kena hafal dan laksanakan kodnya bagi menghubungiNya,iaitu solat 24424,Mudahkan kodnya 24224,tetapi bukan mudah,kena pastikan line pula sama ada "poor","good",atau "excellent".Jika line kita dengan sidia "poor",pasti hubungan kita dengan dia tidak baik,kita menghubungi dia sekadar rasa perlu sahaja,jika line kita "good",kita rasa seronok untuk berhubung dengan dia,bila dia panggil terus kita jawab,dan jika line kita dengan dia "excellent" itu menunjukkan hubungan kita dengan dia sangat baik sehinggakan kita rasa tidak sabar untuk berhubung dengan dia,kadang-kala,kita rasa gelisah bila kita berpisah dengan dia sekejap.

Jadi sahabat-sahabat sekalian termasuk saya sendiri,mari kita sama-sama bermuhasabah,adakah hubungan kita dengan Allah S.W.T. berada ditahap "poor" dimana kita malas untuk berhubung dengan dia,kita rasa diri kita dengan dia berasa begitu jauh sekali ataupun berada pada paras "good" dimana kita hanya sekadar berasa seronok bila hanya dipanggil ataupun berada diparas "excellent" dimana kita berasa sentiasa ingin berhubung denganNya dan tidak sabar-sabar untuk bercakap dengannNya,sehingga sanggup bangun tengah malam semata-mata ingin bercakap denganNya sahaja.

Sama-sama kita bermuhasabah diri.

Mari merebut cinta hakiki...^_^


Thursday 17 March 2011



Bismillahirahmannirahim,

Zaman sekarang memang serba canggih kerana wujudnya sejenis besi yang mampu merakam perbuatan manusia yang dipanggil perakam video atau "video recorder".Memang kita akan rasa teruju apabila diri kita dirakam dalam majlis-majlis yang kita suka yang menaikkan maruah kita seperti anugerah pingat sempena pekerja terbaik,pelajar terbaik,ataupun apa sahaja,lebih-lebih lagi bila disiarkan umum dan mendapat pujuan ramai lagi kembang hidung kita,masa tu rasanya dunia kita punya.

Tapi,macam mana kalau kita dirakam dalam keadaan yang mengaibkan seperti keadaan kita membuli orang,berzina,berdua-duaan,lawan ibubapa,guru,kawan dan pelbagai lagi ragam kita lakukan.Lepas itu,segala keburukan kita disiarkan umum untuk ditatapi orang ramai.Mungkin yang kurang sihat itu akan bangga dengan keadaannya dan mungkin juga ada mati mengejut terus sebab orang tahu perbuatan buruknya ataupun ada yang mengambil tindakan menyaman pihak tersebut.

Namun,sedar atau tidak,memang pergerakan kita pun dirakam termasuk saya  sendiri,cuma tinggal kita sahaja untuk yakin atau tidak.Segala yang berada disekeliling kita memerhatikan kita sama ada kita nampak atau tidak,itu terpulang pada masing-masing.Tempoh rakaman dia ialah sepanjang hayat dikandung badan.Memang menakjubkan.

Selepas kita mati,kita akan berkumpul dipadang Mahsyal selepas melalui alam barzakh.Disana,kita akan dihidangkan tayangan ulangan segala kehidupan kita.Jangan bimbang,akan ramai penontonnya.Jumlahnya ialah bermula dari manusia dari zaman Nabi Adam A.S. sehingga kiamat.Masa itu,nak atau tidak,kita akan tengok segala perbuatan kita,kalau baik sepangjang hayat,baiklah apa yang disiarkan da, masa itu kita mungkin mendapat pujian daripada semua umat manusia dan jin dan kalau buruk kehidupan kita,maka buruklah apa yang disiarka kecualu bagi mereka yanb bertaubat.

Jadi sahabat-sahabat sekalian,marilah sama-sama kita renungkan,kalau disini kita boleh bangga kejahatan kita lakukan tetapi kalau dipadang Mahsyal,mungkin kita akan menghadapi malu yang teramat.Jadi,renung-renungkanlah bersama-sama.Tepuk hati,tanya iman...

Mari merebut cinta hakiki ^_^ 

Tuesday 15 March 2011

Bismillahirahmannirahim,

Sepanjang saya menetap di tajung malim ini,iaitu sebuah pekan yang agak sederhana bagi saya,kawasan ini sering kali disirami dengan air hujan,kadang-kala,sukar saya untuk bergerak ke kampus untuk menyelesaikan beberapa kerja yang saya perlu lakukan dikamnpus.Argh...,pening kepala saya memikirkannya...banyak kerja belum terlaksana...

Namun...,jika dilihat dengan mata hati,hujan ini merupakan rahmat daripada Allah S.W.T. . Bayangkan jikakalau tiada hujan,pasti bumi ini akan rosak binasa. Dengan hujan,banyak manfaat yang kita dapat kerana setiap apa yang diturunkan olehNya pasti ada hikmah disebaliknya. Contohnya, tumbuh-tumbuhan dapat menjadi subur disebabkan oleh rahmat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. 

Juga,hikmah disebalik hujan ini ialah diantara waktu doa paling mustajab.Wah..,hebat bukan,setiap ciptaan Allah S.W.T. ada manfaatnya kepada manusia. Cuma kita yang tidak dapat meneroka kerana hati kita diselaputi dosa-dosa yang hanya mahu melakukan maksiat sahaja .

"Hishhhh...hujan,tak dapat aku jumpa minah hari ni',"Arghh...hujan lagi,tak dapat aku merempit hari ni",dan macam-macam lagi benda-benda maksiat yang kita hendak lakukan namun kerana rahmatnya Allah S.W.T.,masih sayangkan hambaNya ...Ingat,Allah S.W.T. sesekali tidak akan menzallimi hambaNya,hanya kita yang menzalimi diri kita sahaja.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri...

Mari merebut cinta hakiki...^_^ 

Sunday 13 March 2011

Menerobos tembok...



 Bismillahirahmannirahim,

Menerobos tembok halangan,macam mana nak roboh,temboh tu besar sangat,kukuh,dan tidak terjejas walaupun kita menggunakan pelbagai cara. Akhirnya kita mengambil keputusan untuk lari dari tembok tersebut dan beberapa ketika kemudian,semasa kita lena,asyik berjalan,jumpa pula tembok dan kita hanya cuba sedikit sahaja usaha untuk menerebos tembok tersebut dan kita memgambil keputusan untuk melarikan diri dan mencuba jalan yang lain pula.

Tapi...

setiap kali kita lari,pasti kita akan jumpa tembok dan begitulah seterusnya sehinggan kita dikelilingi tembok yang banyak sehingga tiada ruang untuk lari...mengapa,bukankah kita sudah lari dari tembok,kenapa akhirnya kita dikelilingi tembok yang kita lari sebelumnya,...

Jawapannya...

kita kena merobohkan tembok tersebut...

Dengan apa... 

Formulanya ialah (DUTA) 

Iaitu...
Doa,Usaha dan Tawakal kepada Allah S.W.T.

Tidak dinafikan,memang kita suka lari dari masalah,menangguh atau macam-macam alasan lagi yang terkumpul dalam benak kepala kita yang tidak mampu disimpan dalam hard disk.Saya juga tidak terlepas dari  golongan tersebut,apabila ada masalah,hanya cuba ala kadar sahaja untuk menyelesaikannya dan kemudian lari dengan harapan masalah tersebut akan selesai,namun,ianya tidak seperti apa yang saya fikirkan,semakin kita lari dari masalah,semakin ramai geng-geng masalah yang akan cari saya untuk kutip hutang.

Adakalanya kita perlu menghadapi masalah walaupun ianya pahit kerana setiap benda pahit ada manisnya dihujung seperti sayur,walaupun pahit tapi dapat memberikan manfaat kepada tubuh badan kita . Memang 
kita tidak dapat menghadapi masalah dengan sendirinya,kita memang perlukan bantuan dan meminta pertolongan daripada yang selayaknya iaitu kepada Allah S.W.T. kerana hanya dia sahaja yang mampu menolong kita dengan syarat kita kena betul-betul mengharap sepenuhnya kepadaNya dengan formula yang diberikan tadi,Insya-Allah...
  
Penutupnya,kita hendaklah berusaha menghadapi masalah yang berada dihadapan kerana itu ialah ujian untuk memantapkan kita lagi di masa hadapan,itupun kalau kita memandang masalah tersebut dengan mata hati,Insya-Allah...Ingat,pedang tidak dapat ditempa kalau tidak mengaharungi kepanasan dan kesakitan ketika dia ditempa...Namun ingat,kita hendaklah sentiasa memohon pertolongan daripada Allah S.W.T. kerana tanpaNya,kita tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut...INGAT DUTA...(DOA,USAHA DAN TAWAKAL) ,

mari merebut cinta hakiki...^_^  

Friday 11 March 2011


Sedikit perkongisan 


Hati Yang Sejahtera
adalah hati yang...


...kenal dan mencintai Allah S.W.T.
dan takut kepadaNya

...meletakkan Allah dan
rasulnNya di tempat yang
tertinggi dalam kehidupan
hariannnya,secara konsisten

...dekat dengan Allah S.W.T. dan menjadikan 
kehidupannya berpaksikan
mencari keredhaan Allah S.W.T.

...bebas daripada pengaruh 
amarah,syahwat dan syaitan

...dipandu oleh nilai-nilai murni
dan dapat memandu kepada
kebaikan orang lain

...sentiasa bertawaduk dan
merendah diri

...ghairah dengan perkara-perkara
kebaikan / kebajikan dan sangat
benci segala bentuk kejahatan,
walau sekecil mana sekalipun.


(Dipetik daripada Lajnah publisiti dan Informasi LPS KUO,UPSI)

Bersyukurkah kita ?

 Bismillahirahmanirahim,syukur Alhamdulillah,dengan berkat limpah rahmatNya,dapat lagi saya menulis dalam blog cintaillahi-fadhlan saya.Kepada sahabat-sahabat,saya doakan anda semoga berada dalam keadaan sejahtera.

Sahabat-sahabat sekalian,setiap benda yang diciptakan oleh Allah S.W.T. mempunyai peranan masing-masing dan tujuannya satu sahaja iaitu memakmurkan bumi Allah ini. Pokok mempunyai peranannya tersendiri,laut mempunyai peranan tersendiri,langit dan setiap benda mempunyai peranan tersendiri tetapi pernahkah kita terfikir adakah setiap makhluk yang dciptakan oleh Allah S.W.T.mengeluh,pernahkah kita memdengar rentetan rumput memgeluh kenapa Allah S.W.T. jadikan dia kecil dan hanya dipijak-pijak,kenapa dia tidak dijadikan macam pokok yang besar dan kuat dan pernahkah kita mendengar kisah pokok besar menghina rumput atau pokok yang lebih kecil daripadanya? Tidak sekali-kali,kenapa ianya berlaku macam itu,kerana mereka redha dan bersyukur terhadap Illahi.

Jika kita lihat hari ini,ramai yang tidak bersyukur dengan ketentuan yang telah diberi oleh Allah S.W.T. . Ramai manusia mengeluh apabila dapat sesuatu yang bukan mencapai kehendaknya. Bukankah Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.

Ingatlah sahabat-sahabat,walau apa pun yang kita dapat,hendaklah kita bersyukur terhadapNya kerana itulah yang terbaik. Allah S.W.T. tidak sekali-kali menzalimi hambaNya. Hari ini kita diuji kerana Allah S.W.T. hendak menaikkan darjat seseorang hamba dan menambahkan kematangan kita dan siapa tahu dimasa depan ada nikmat yang besar menanti apabila kita berjaya melalui cabaran yang diberikan oleh Allah S.W.T.  

Sekali lagi ingin dingatkan terutama buat diriku yang lupa,hendaklah kita sentiasa bersyukur terhadap apa yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dan sentiasa berusaha meningkatkan prestasi diri menurut syariat Islam agar kita sentiasa berada dalam keredhaanNya.

Monday 7 March 2011

Perjalanan mencari Cinta Hakiki Bermula

Alhamdulillah,syukur terhadap Illahi,dapat juga saya meyiapkan blog cintaillahi-fadhlan. Pada asalnya saya merancang ingin meletakkan cintaillahi sahaja namun ia telah ada,jadi saya memilih cintaillahi-fadhlan sebagai medan penulisan dakwah saya yang pertama dalam hidup saya. Sebenarnya saya telah merancang lama ingin melibatkan diri dalam medan penulisan dakwah ini bagi memainkan peranan sabagai seorang khalifah dimuka bumi ini,banyak juga pendapat yang saya dapat apabila saya mengajukan persoalan saya bagi melibatkan diri dalam penulisan blog ini,Alhamdulillah,mejoriti memberikan respon yang baik dan juga diingatkan agar istiqamah kerana dalam menyebarkan dakwah ini pasti saya akan lalui pelbagai halangan sebagai seorang penulis dan juga seorang pelajar dalam menyebarkan dakwah Islam.

                                                     (bersama BroHamzah dan sahabatnya )



Alhamdulillah,dengan izin Allah S.W.T. terciptalah blog saya dengan bantuan daripada hamba Allah S.W.T yang sangat saya tidak sangka merupakan seorang penulis dalam laman web yang juga kegemaran saya iaitu BroHamzah dan sahabatnya yang merupakan penulis laman web "langit illahi" semasa saya mengikuti program beliau dalam bengkel penulisan blog. Banyak juga yang saya dapat pelajari daripada beliau,antaranya disiplin kerana untuk kita berjaya didunia dan diakhirat kita memang perlukan disiplin yang tinggi bagi menghadapi liku-liku hidup ini. Juga dapat saya pelajari ialah niat,kerana untuk melakukan sesuatu pekerjaan memang kita memerlukan niat dan niat kita ialah mestilah mengharapkan keredhaanNya agar setiap perbuatan kita mendapat keredhaanNya serta mengikut syariatnya. Dengan siapnya blog ini bermulalah perjalanan saya sebagai hamba untuk mencari cinta hakiki, Semoga saya istiqamah dalam penulisan ini. Sekian…^_^

Saturday 5 March 2011

mari merebut cinta hakiki

 Alhamdulillah,syukur terhadap illahi dengan kurnia dan rahmatNya dapat saya mencipta satu blog untuk sama-sama memainkan peranan sebagai seorang khalifah dimuka bumi ini. Bersesuaian dengan Surah Al'Ashr yang bermaksud "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. Ini adalah percubaan pertama saya dalam penulisan blog,sebarang perkongsian dari saudara-saudari amat dialu-alukan bagi menambahbaikan penulisan saya. Sekian.