Thursday 23 June 2011

Semoga kau istiqamah sahabatku



Bagaikan terngiang-ngiang suara Khalida,teman yang dikenali semenjak orientasi lagi yang merangkap teman sebiliknya. Zinnirah melepaskan keluhan,rasa sebak kerana masih tidak mampu menerangkan syariat Islam sebenar kepada Khaloda walaupun sudah lama berkenalan.

“Zinnirah,nak tengok tak gambar masa birthday party saya hari tu?”

“Boleh juga”

Khalida girang,cepat sahaja tangannya menunjukkan beberapa gambar dalam telifon bimbitnya. Celoteh mulutnya bercerita itu dan ini sehingga tidak terlihat kerutan pada dahi Zinnirah bercantum.

“Khalida…”Zinnirah cuba bersuara setenang mungkin.

“Ye,best kan tengok gambar-gambar ni,sorrylah tak dapat ajak awal sama…awak kan selalu sibuk persatuan tu lah,persatuan nil ah…Lagipun…”

“Er…Khalida,kenapa awak tak pakai tudung?” Segera Zinnirah mematikan celoteh Khalida. Khalida terdiam,berkerut-kerut dahinya seolah-olah mencari satu jawapan yang konkrit untuk diberi.

“Ala…Kan hari special day saya,takperla bukan selalu pun…”

Zinnirah beristighfar di dalam hati,jawapan yang diberikan seperti satu belati tajam yang menusuk hatinya,hampir sahaja takungan air di kelopak mata Zinnirah jatuh ke bumi,namun Zinnirah masih cuba senyum.

“Zinnirah…,awak marak saya ke…?”

Zinnirah tersentak. Wajah Khalida dipandang dengan penuh kasih sayang seorang sahabat. Lantas,senyuman terukir di bibirnya

“Taklah…cantik gambar-gambar awak ni…tapi saya suka gambar awak pakai tudung,cantik…”

Khalida diam,seolah-olah mengerti apa yang dimaksudkan Zinnirah.”Zinnirah,kenapa kita kena pakai tudung? Kan nikmat Allah tu harus dikongsi-kongsi,salah ke saya kongsi nikmat Allah macam rambut saya semua kat orang lain?”

Zinnirah menghela nafas.

“Khalida,kalau awak diberi pilihan untuk membeli sebiji batu permata…dua-dua sama jenis tapi yang satu tu diletak untuk tontonan ramai,banyak kali dibelek-belek,yang satu lagi dibungkusdengan kain diletak dalam sebuah kotak baldu yang cantik,mana yang awak nak?”

“Mestilah yang dalam kotak tu.”

“Macam tu juga lah tanda kasih sayang Allah pada kita.kerana sayang,Allah suruh kita tutup semua yang patut agar semua tu dibari untuk yang teristimewa iaitu suami kita…kalau awak tak nak barang yang dah dibelek-belek,takkan awak sanggup nak bagi suami awak yang sia-sia sahaja?”

Khalida diam,merenung jauh… 
*******
Selesai solat subuh,Zinnirah duduk di atas sejadah…merenung kembali apa yang telah dilakukan…

“Zinnirah”

Terdengar suara Khalida memanggil,Zinnirah merenung muka Khalida,penuh kasih…

“Awak dah solat?” Zinnirah bertanya.

“Dah…er,Zinnirah,saya ada hajat sebenarnya”

“Apa dia?”

“Saya…sebenarnya suka tengok cara awak pakai tudung…kemas…Boleh tak ajarkan saya?”

Zinnirah tersenyum,Subhanallah,sungguh dakwah itu bukan semata-mata melalui ucapan. Perlakuan,sikap,kekemasan diri semua itu perlu ada dalam s=diri seorang da’ie.

“Boleh…”Cepat sahaja Zinnirah melipat telekung,bersedia untuk membantu Khalida yang akan ke kelas sebentar lagi.

Zinnirah mendapatkan tudung yang tidak terlalu labuh tapi masih mampu menutup aurat yang sebenar iaitu menutup dada dari hadapan dan juga tepi,idak lupa juga Zinnirah memastikan tudung yang dipilih itu jika ditiup angin tidak menampakkan dada.

“Terima kasih Zinnirah…”

Zinnirah senyum.

“Pandai awak berdakwah,awak tak pilihkan saya tudung yang labuh sangat…Kalau tak mesti orang yang baru nak berjinak-jinak dengam tudung macam saya ni tak selesa nak pakai”

“Khalida…labuh tak labuh tudung tu bergantung pada keimanan dan keselesaan. Kalau awak rasa pakai tudung bidang 50 ni selesa,dan tutup dada…pakai lah,takper…Islam itu tidak menyusahkan umatnya…”

“Zinnirah,terima kasih ya…saya pergi kelas dulu”
***
Hari minggu itu Khalida pulang ke kampong meninggalkan Zinnirah keseorangan…Zinnirah redha,sms yang menjadi penghubung antaranya dengan Khalida sudah cukup menghiburkan hati…

Zinnirah,tunggu saya balik tau esok…Saya ada kejutan untuk awak.
Sms itu sedikit sebanyak membuatkan Zinnirah berdebar-debar…Hari esok seakan-akan lambat untuk tiba…
***
“Assalamualaikum…”

Suara Khalida di muka pintu membuatkan langkah Zinnirah laju,tombol dipulas,pintu ditarik dan kelihatan wajah sahabatnya yang tercinta…

“Khalida…”Air mata Zinnirah tidak mampu ditahan lagi untuk jatuh ke bumi…Deras ia mengalir lantaran terharu melihat Khalida yang cantik berjubah dan bertudung labuh…

“Zinnirah…kenapa awak menangis? Awak tak suka saya ye saya pakai macam ni?”

“Bukan…saya suka sangat,Subhanallah…saya terharu”

“Zinnirah,terima kasih…awak banyak ajar saya,awak tak pernah marah,awak tak pernah malu berkawan dengan saya walaupun dulu saya jarang-jarang pakai tudung…Terima kasih sahabatku…”

Lantas,Khalida memeluk Zinnirah erat…Dalam hati,Zinnirah berdoa

Semoga kau istiqamah sahabatku…  

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. ( Surah An-Nur ayat 32)

Mari merebut Cinta Hakiki...^_^

Wednesday 8 June 2011


 "Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '