Sunday 31 July 2011

Perjuangan


Bismillahirahmanirahim,

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah,bersyukur terhadap Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya,dapat kita sama-sama menyambut bulan yang paling mulia ini kerana bukan semua orang dapat menyambut bulan yang mulia ini kerana ramai yang telah dijemput awal sebelum sempat menyambut bulan yang mulia ini. Dalam beberapa hari sebelum bulan Ramadhan tiba,ramai saudara-saudara kita telah awal-awal dijemput kembali kepada Pencipta-Nya walaupun Ramadhan hampir tiba dalam tiga hari sahaja.

Ramadhan sebenarnya ialah dengan kata lain bulan "offline" dengan syaitan dan "online" dengan Pencipta sekian alam dengan berusaha meninggalkan apa yang dilarang dan melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. dengan erti kata lain berjihad melawan hawa nafsu dan hasil "didikan" syaitan dalam sebelas bulan sebelum bulan Ramadhan ini walaupun dengan bersusah payah sekalipun.

Ramadhan juga merupakan bulan "upgrade" untuk umat Islam seluruh dunia.Manusia juga "upgrade" dari segi kehidupan seperti kalau dahulu kita pakai surat untuk menghantar kepada orang yang kita sayang,masa itu kita kena beli stem dan sampul surat untuk hantar kepada pejabat pos untuk menghantar surat kepada orang yang kita sayang,kena tunggu sampai dalam masa beberapa hari pula baru sampai surat kita,itupun kalau tidak berlaku kemalangan kepada posman. Namun,sekarang ini,tidaj perlu kita bersusah payah lagi untuk menulis surat,hanya sms melalui telefon bimbit sahaja dalam masa kurang seminit sampai kepada orang yang kita sayang. Kalau dahulu kita hanya menonton wayang kulit,sekarang kita boleh menonton telivisyen yang sekarang pula dilengkapi Astro,pelbagai lagilah rangcangan yang kita dapat tonton.

Begitu juga dengan rohani kita,perlu di"upgrade" lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan ini dengan harapan kita akan menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum bulan Ramadhan dan jiwa kita lebih dekat dengan Illahi dan juga rumahNya serta merasakan bahawa kita sentiasa didalam pemerhatianNya menyebabkan kita tidak berani melanggar segala perintahNya.

Bersama-samalah kita berjuang dibulan yang mulia ini untuk kita pastikan kita akan terus "offline" dengan syaitan buat selama-lamanya dan terus "online" dengan Pencipta kita. 

Selamat berjuang,
Mari Merebut Cinta Yang Hakiki. ^_^

Tuesday 12 July 2011

Syarat Melakukan Maksiat

 
Bismillahirrahmanirahim,sedikit renungan untuk kita berkongsi bersama demi mencari keredhaan Illahi di muka bumi ini,kali ini kita berkongsi tip-tip untuk buat maksiat dimuka bumi Allah S.W.T,Pemilik sekalian alam.

 Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.......”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

Bagaimana sahabat-sahabat sekalian,sudahkah kita penuhi syarat-syarat untuk buat maksiat di muka bumi ini yang mana bukan milik kita secara mutlak. Wallahua'lam.Mari Mrebut Cinta Hakiki ^_^.


Sunday 10 July 2011

cara-cara memotong kuku mengikut sunnah...

Sedikit perkongsian yang saya rasa perlu disebarkan kerana banyak manfaat yang kita dapat bersama daripada Rakan Surau Ar-Rasyidin Kolej Harun Amminurasyid,Universiti Pendidikan Sultan Idris. 


Cara Potong Kuku - Ikut Sunnah

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:
 

Barang siapa yang mengerat kukunya pada
 

• Hari Sabtu :
 
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk
 kepadanya penyakit. 

• Hari Ahad :
 
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
 

• Hari Isnin :
 
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
 

• Hari Selasa :
 
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
 

• Hari Rabu :
 
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya
 kepapaan. 

• Hari Khamis :
 
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
 

• Hari Jumaat :
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
harap bermanfaat buat sahabat-sahabat...