Monday 31 October 2011

Lupa



Bismillahirahmanirahim,

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah,bersyukur terhadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat serta kasih sayang-Nya dapat lagi saya menulis dalam blog saya ini sebagai salah satu saham untuk saya merebut Cinta Hakiki,Insya-Allah.

Kebiasaannya kita cuma bersyukur apabila kita mendapat sesuatu yang kita inginkan,sebagai contohnya,kita sanggup bersusah payah berjaga malam semata-mata ingin menelaah pelajaran demi mendapat keputusan yang cemerlang,tidak kurang daripada itu ada juga yang sanggup menjadikan malam sebagai tempat bermunajat dan memohon doa kerana pada satu pertiga malam doa akan dikabulkan. Juga ada yang sanggup berdoa demi mendapat jodoh yang baik dan sebagainya. Alhamdulillah,doa dan usaha kita dikabulkan atas segala usaha dan doa dengan bersusah payah. Pada masa itu baru kita melakukan pelbagai majlis kesyukuran seperti majlis bacaan yassin,sujud syukur,dan pelbagai lagi yang kita lakukan sebagai tanda kita bersyukur terhadap Illahi yang telah memakbulkan doa dan usaha kita,Alhamdulillah.

Tetapi,pernahkah kita bersyukur benda yang kita dapat yang selama ini dekat dengan kita sehingga kita rasa benda itu biasa sahaja. Diantaranya ialah nikmat sihat sejahtera. Adakah kita perasan akan benda ini,jawapan saya terserah pada sahabat-sahabat.

Ya,mungkin ada yang perasan atau mungkin tidak. Kita lupa bahawa dengan sihat ini kita mampu berusaha sedaya upaya demi mendapat apa yang kita inginkan. Kita lupa bahawa dengan nikmat sihat ini kita mampu beribadat dengan keadaan yang baik.

Ya,kita lupa...

Jika kita boleh mendapat apa yang kita inginkan kita berkata kita telah berusaha dengan baik,betul tetapi kita lupa siapa yang berikan kita tenaga untuk kita berusaha. Kita boleh beribadat dengan baik,tetapi kita lupa dengan pemberi kita kesihatan agar kita sempurna laksanakan ibadat kita.

Pernahkah kita setelah bangun tidur,buat aktiviti seharian,kemudian kita hendak tidur balik,kita ucapkan Terima Kasih kepada yang memberi kesihatan kepada kita. Jika dilihat,orang tanya kenapa kita berjaya,kita menjawab kita berusaha,berdoa, dan sebagainya,kita lupa menyebut bahawa semua itu atas jasanya-Nya belaka,tanpa-Nya,nak gerakkan jari pun tak boleh. Siapalah kita untuk berbangga kalau semua itu bukan kerana Rahmat-Nya.

Cuba bayangkan kalau Allah S.W.T. uji sedikit atas kesihatan kita seperti sakit perut,sudah tentu kita tidak mampu buat kerja dengan baik,malah ibadat kita pun sedikit rosak. Mana usaha kita yang kita kata semua itu usaha kita,di mana ibadat yang kita bangga-banggakan,hanya hilang atau kurang kualiti disebabkan sakit perut,jadi mengapa berbangga?

Saya suka merenung lagi Rabbani yang bertajuk "Mana Milik Kita?" dimana ada satu rangkap lirik mengatakan jangan kita berbangga dengan jasa kita kerana semuanya hakikatnya datang dari Allah.

Hakikatnya dari Allah...

Mana Milik Kita...?

Kerana itu mari kita sama-sama bermunasabah diri,jangan kita berbangga dengan segala usaha dan doa kita yang dimakbulkan kerana semua itu datang daripada Allah.

Sentiasalah kita tawaduk dan menjadi hamba yang bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kerana jika Allah tidak menggerakkan sezarah dalam badan kita,nescaya kita akan ditimpa pelbagai masalah. Marilah kita bersyukur diatas nikmat kesihatan yang Allah kuniakan kepada kita dan gunakan sebelum diambi balik dengan sebaik-baiknya sebagai tanda kita bersyukur di atas segala nikmat kesihatan yang diberikan dengan  penuh rasa kehambaan.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".(Surah Ibrahim,ayat 7)

Waallahua'lam

Mari Merebut Cinta Hakiki^_^