Wednesday 1 February 2012

Cinta



Bismillahirahmanirahim,

Alahumdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah,syukur terhadap Illahi kerana masih diberikan kesempatan untuk berbakti pada Agama,Bangsa,dan Negara, Alhamdulillah. Ucapan tidak terhingga terhadapNya kerana masih diberikan peluang untuk merasai nikmat Iman dan Islam walaupun kita sendiri tidak pernah melihat wajah,mendengar suara,jauh sekali mengucup tangannya,siapakah dia,Dia ialah junjungan besar baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut Maulidul Rasul pada tahun ini,banyak juga rancangan yang dihidangkan sempena Maulidul Rasul yang mana ingin menunjukkan bahawa kita ini sangat mencintai Baginda S.A.W. . Tapi masih saya tertanya-tanya,adakah kita hanya menunjukkan rasa kecintaan kita terhadap Baginda S.A.W. pada menyambut Maulidul Rasul semata-mata dan selepas itu kita tidak menunjukkan bukti kecintaan kita terhadapnya. 

Saban hari ini,jika kita bertanyakan kepada ramai sahabat-sahabat kita diluar sana saja yakin hampir seratus-peratus yang akan menjawab kita cinta akan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. termasuk saya sendiri. Tapi,soalannya bagaimanakah kita menunjukkan kita ini cinta Rasullullah S.A.W., adakah dengan melaungkan kata-kata kita cinta baginda,adakah dengan hanya bersalawat semata-mata. Ya,semua itu betul tetapi masih belum cukup lagi. Cukupkah kita jika kita hanya berkata kita sayang pada Ibu bapa atau buah hati kita kita sayang terhadap mereka namun kita sentiasa buat mereka rasa tersinggung dengan tidak membuat apa yang mereka suruh,bayangkan bagaimana pula jika kita buat macam itu terhadap Baginda?

Baginda S.A.W. tidak pernah mementingkan diri sendiri,takala bila Baginda hendak wafat,Baginda masih lagi ingatkan umat dia bagaimana di akhirat nanti,baginda sanggup untuk menanggung segala kesakitan yang dihadapi semasa sakaratul maut namun Allah S.W.T. tidak mengizinkan baginda untuk menanggung segala kesakitan semasa sakaratul maut. 

Cuba sama-sama kita renungkan,bagaimana kita sanggup berusaha selamatkan seseorang yang kita sayangi sehingga sanggup tanggung segala kesakitan asalkan dia selamat,namun dia abaikan kita,bagaimana perasaan kita pada masa itu?.

Baginda S.A.W. diutuskan untuk meyempurnakan akhlak,dimana akhlak itu kemuncak untuk seseorang,sebelum seseorang itu mencapai akhlak yang mulia,hendaklah dia perkukuhkan aqidah dia berlandaskan Ahli Sunnah Waljamaah,kedua hendaklah dia mengambil syariat hidup Islam sebagai peraturan dalam kehidupan kita dan akhirnya akan terbentuk akhlak yang mulia.

Ada yang mengatakan bahawa dia sangat mencintai Rasulullah S.A.W. tetapi tidak melaksanakan apa yang baginda suruh dan ada juga yang menjawab cinta itu dalam hati,mana orang lain tahu,betul namun untuk mengetahui hati seseorang tengok pada akhlaknya kerana akhlak seseorang adalah terjemahan dalam hatinya,jika kita sentiasa melanggar segala apa yang Nabi Muhammad S.A.W. suruh yang pada hakikatnya datang dari Allah,apakah masih kita berani mengaku bahawa kita cinta Rasullulah S.A.W. ?. Tepuk hati tanyalah Iman.

Jika kita betul-betul sangat cintai Baginda,terjemahkanlah dalam kehidupan kita jika kita benar-benar cintai baginda. Jika kita sayang terhadap Ibu Bapa kita dan Buah hati kita pun kita kena tunjukkan dalam akhlak kita bagi mengatakan kita sayang terhadap mereka,inikan pula jungjungan besar Baginda Muhammad S.A.W.

Sama-samalah kita tonjolkan akhlak yang diajar oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W. kerana bukan semua orang dapat beriman apa yang baginda bawa ,kerana itu mahalnya harga iman. Bagi yang dapat merasai nikmat Iman dan Islam sama-samalah kita tonjolkan kita sayang baginda dalam segala akhlak seharian kita agar nikmat Iman dan Islam lebih enak kita rasai. Mantapkan Aqidah,laksanakan Syariat dengan baik,Insya-Allah akan terpampar akhlak sebagaimana yang dianjurkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Wallahua'lam

Mari Merebut Cinta Hakiki^_^