Wednesday 29 August 2012

Erti kemerdekaan?





Bismillahirrahmanirahim

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah,

Tiada lagi ucapan sebagai seorang muslim dalam lafaznya setelah menerima nikmat dan segala keperluan yang telah Allah S.W.T. telah berikan kepada kita semua walaupun tidak kita minta akan nikmat tersebut tetapi Allah S.W.T. lebih mengetahui apa yang hambaNya perlukan semaada Muslim atau bukan Muslim. Maha Pemurah lagi Penyayang Allah S.W.T. terhadap hambaNya di dunia ini.

Alhamdulillah,kerana setelah kita semua lalui bulan Ramadhan,kini masuk dalam menyambut Bulan Syawal yang mana merupakan bulan untuk umat Islam bergembira setelah melalui proses pembersihan diri di bulan Ramadhan yang mulia ini dan di Malaysia pula kita akan menyambut bulan Kemerdekaan yang mana merupakan nikmat yang telah Allah S.W.T. kurniakan kepada rakyat Malaysia,iaitu meyambut Bulan Kemerdekaan dalam bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemenangan bagi umat Islam.

Sebagai umat Islam,kita wajib bersyurkur atas segala pemberian yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. yang mana telah banyak memberikan nikmat kepada kepada kita dan kadang kala orang lain yang berusaha tetapi orang lain yang mengecapi nikmat tersebut, Contoh yang mudah sahaja,lihat seorang bapa yang bertungkus lumus bekerja mencari rezaki untuk menyara hidup anak dan isteri sehingga sakit tetapi anaknya yang bersekolah,yang hanya kerjanya belajar semata-mata dapat merasai nikmat rezaki yang diusahakan olah si ayah dengan hanya meminta wang tanpa perlu bekerja seperti ayahnya. Jika difikirkan balik,berbaloikah si anak mendapat wang tanpa bekerja keras seperti ayahnya?

Sebab itu dalam Islam sangat dituntut untuk menjadi orang yang bersyurkur.Adakalanya kita tidak semestinya membalas dengan cara yang sama sebagaimana cara pihak lain berusaha untuk memperolehi nikmat sebagaimana yang kita kecapi,tetapi hendaklah kita membalas dengan cara menghargai nikmat yang kita perolehi atas usaha yang dilakukan oleh pihak tersebut.

Begitu juga dalam menghargai erti kemerdekaan.Pada tahun ini,umat Islam di Malaysia telah menyambut tiga kali kemerdekaan dan yang ketiga akan berlangsung tidak lama lagi ialitu Bulan Ramadhan,Bulan Syawal dan dalam Bulan Syawal Allah S.W.T. telah memberikan pula nikmat Kemerdekaan dalam negara.

Sebagai umat Islam,kita wajib memahami erti kemerdekaan yang sebenar kerana dengan memahami erti kemerdekaan yang sebenar barulah kita dapat membangun menjadi umat yang terbilang di zaman global ini.
Sia-sia sahaja kita menyangkakan kita telah merdeka tetapi hakikatnya hanya khayalan tidak ubah seperti angan-angan fantasi.Merdekakah kita jika masih dijajah dengan jahilliah pemikiran,jahilliah ilmu,jahilliah dengan perkara-perkara khurafat dan syirik,masih dalam dunia "katak dibawah tempurung" dan pelbagai jahillah lagi yang semakin berleluasa sehingga jika kita melihat,pasti kita tidak senang kerana kita bimbang akan menimpa diri kita dan keluarga kita.

Pelbagai kes-kes yang bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan yang kita berasa jemu untuk mendengarnya. Zina,pelacuran,pergaulan bebas yang tidak terkawal,lambakan bahan-bahan 18SX dan seumpananya lagi semakin berleluasa dalam masyarakat kita terutama kepada golongan muda. Ada kata-kata seorang ilmuan yang mengatakan bahawa jika kita ingin melihat bangun jatuhnya sesebuah agama,bangsa dan negara lihatlah pada pemuda pemudinya kerana merekalah yang akan mengantikan generasi lalu.Terbaru, pelajar perlu dipasang alat pengesan bagi mengelakkan ponteng sekolah. Pelajar bagaikan banduan yang perlu diawasi. Jika sampai ditahap ini masyarakat perlu sedar terutama Muslim,apakah erti kemerdekaan jika keadaan ini semakin parah,semakin lama usia merdeka sesebuah negara semakin parah jenayah dalam negara kita?

Tidak perlu menunding jari kepada sesiapa kerana jika kita menunding satu jari,empat lagi menunding kepada kita.Maknanya sebelum kita salahkan sesiapa,perlu kita bertanya kepada diri kita,sudahkah kita memainkan peranan kita ataupun kita hanya 2S(Syok Sendiri) dengan menyangka kita telah memainkan peranan kita menurut cara yang sebenar.

Walauapa sekalipun,marilah sama-sama kita mula mengambil langkah memahami erti kemerdekaan dengan erti kata yang sebenar,kelak Allah S.W.T. akan membalas dengan rahmatNya bagi kaum yang menjalani menurut kehendakNya.

Mari Merebut Cinta Hakiki^^


 

Thursday 2 August 2012

Pakaian kita?





Bismillahirrahmannirahim,

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah,

Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam,yang telah memberi kita menyambut dan beramal di bulan yang mulia ini iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarah,Alhamdulillah.

Dikesempatan waktu dan kesihatan ini saya berasa bersyurkur kepada Allah S.W.T. kerana masih lagi diberi peluang untuk menulis dan menyambut di bulan yang mulia ini khususnya Allah S.W.T. sediakan bulan ini untuk kita meng"upgrade" diri kita sesudah sekian lama berjuang sepanjang sebelas bulan yang lain. Selawat dan salam keatas junjungan besar baginda Nabi Muhmammad S.A.W. dan para sahabat kerana jikalau bukan kerana kasih sayang dan perit mereka perjuang menyebarkan syiar Islam dapatlah kita menikmati nikmat Islam yang kita kecapi sekarang ini,Alhamdulillah.

Alhamdulillah,dalam menyambut bulan Ramadhan ini ramai kita lihat rakan-rakan kita dan kaum kerabat kita sibuk mempersiapkan diri di bulan yang mulia ini dengan pelbagai amalan-amalan sunat seperti solat sunat tarawih,solat sunat tahajjud,sedekah dan lain-lain lagi.Teruskan amalan kita ini semoga Allah menerima kita sebagai HambaNya yang mana DIA tempatkan kita dikalangan orang yang diredhaiNya.

Jika kita lihat anak-anak kecil,orang dewasa, dan masyarakat jika ditanya apakah azam dibulan Ramadhan ini ada yang mengatakan ingin mengkhatamkan Al-Quran dalam masa bulan Ramadhan ini,ada yang mengatakan ingin bersedekah sebanyak-banyaknya,solat sunat tarawih, dan banyak lagi.Teruskan amalan tersebut dan istiqamah,moga-moga Allah S.W.T. merehdhai kita semua.

Namun disini saya menulis kerana saya ingin kongsikan satu patah perkataan yang mana kita semua sering dengar bahkan kita biasa pun dengarnya,"TAQWA".

Minggu lepas saya tertarik rancangan TV Al-Hijrah yang mana menayangkan satu rancangan yang mana saya rasa hampir semua orang mengenali,REFLECTION,satu rancangan yang bagi saya agak "simple" namum memberi impak yang besar bagi yang melihatnya dengan ilmu serta konsisten dan saya ikuti rancangan ini terutama apabila Iman Suhaib Web,Iman daripada Amarika,jika mempunyai kelapangan.Dan saya tersentuh dengan satu kata-kata beliau bilamana beliau bercerita tentang Ramadhan yang mana sebaik-baik sasaran kita dibulan Ramadhan ini ialah selepas bulan Ramadhan ini ketaqwaan kita semakin meningkat berkali ganda dari pada sebelum ini sesudah mana kita servis diri kita selama sebulan.

Taqwa ialah satu perkataan yang mudah. Bila ditanya pasti ramai akan mengaitkan dengan kisah Umar Al-Khattab dengan Abu Hurairaj R.A.. Namun ianyanya sebenarnya mengandungi makna yang sangat mendalam.Rasulullah S.A.W. juga ada menyebut sebaik-baik pakaian ialah pakaian Taqwa.Jika kita kaitkan kisah Amirulmukminin Umar Al-Khattab dengan sahabatnya Abu Hurairah R.A. yang bermakna berhati-hati dalam melakukan setiap perkara.Tingkat paling tinggi dalam diri seseorang bilamana tingkat Taqwanya semakin tinggi atau bahasa ringkas berhati-hati melakukan setiap perkara.

Kenapa bila kita diperintahkan berpuasa kita semua berpuasa dari waktu Subuh sehingga Maghrib kita semua sanggup berpuasa sedangkan bilamana kita berpuasa tiada siap pun melihat kita dan jika kita nak kelenton pun dengan masuk bilik air minum dan makan boleh sahaja.

Mari kita sama-sama renungkan Hadis Baginda S.A.W. yang kebanyakan kita biasa dengar iaitu ramai dikalangan kita berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja,dengan kata lain sia-sia sahaja kita tahan lapar pada siang hari.

Kenapa...?

Antaranya kerana ketaqwaan kita tidak meningkat atau mungkin lebih parah.Kerana hakikatnya kita berpuasa tanpa ilmu,kita berpuasa ibarat adat semata-mata.Bila bulan Ramadhan pasti kita akan terfikir puasa siang hari,tarawih,solat tahajjud,baca Al-Quran dan mana-mana kebiasaan yang kita buat dibulan Ramadhan.

Sekali-sekala mari kita lihat,kita sebelum puasa ,semasa,dan selepas bulan puasa,adakah diri kita semakin baik,sama sahaja atau makin baik dan mudah-mudahan semakin baik kita.

Salah satu bilamana kita nak rasa kita lalui bulan Ramadhan ini dengan baik ialah kita rasa kita sentiasa diperhatikan Allah S.W.T. dalam nak melaksanakan segala perlakuan kita. Kita akan sentiasa berfikir adakah perbuatan kita ini diredhai Allah sebelum kita melakukannya,dari segi percakapan,perbuatan,hati,pemakaian dan apa sahaja.

Ambilah masa merenung diri bersama-sama agar kita lalui bulan Ramadhan ini dengan terbilang dan kita semakin rasai Allah S.W.T. memerhati dan menyoal perbuatan kita di Akhirat kelak.

Sama-Samalah kita berubah menjadi muslim yang bertaqwa. Taqwa tidak akan lahir tanpa Iman dan Iman tidak akan datang tanpa Hidayah Taufiq dan untuk mencari Hidayah haruslah sentiasa istiqamah menuntut ilmu dan bermuhasabah diri,Insya-Allah.

Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang mulia,Semoga ketaqwaan kita lebih baik selepas lalui bulan Ramadhan ini.

INSYA-ALLAH
Mari merebut Cinta Hakiki^^