Wednesday 28 November 2012

Insan yang bersifat Ihsan





BismillahiRahmaniRahim,

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah,bersyukur terhadrad Illahi kerana masih lagi diberikan peluang untuk kita berbakti serta masih lagi diberi keizinan untuk memohon ampun jika melakukan dosa sama ada dalam keadaan sedar atau tidak,tahu atau tidak tahu disebabkan kecetekan ilmu serta pengetahuan kita dalam melakukan perbuatan tersebut. Istifarlah,InsyaAllah,Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi,mudah-mudahan kita tergolong dalam kaum yang Allah redhai.

Seperti kebiasaan waktu pagi,saya dan sahabat sebilik saya akan meluahkan waktu diwaktu pagi selesai solat Subuh dengan mendengar IKIM F.M dan menonton rancangan Reflection sebagai sedikit pengisian kami diwaktu pagi untuk menambah sedikit ilmu. Apabila saya terfikirkan bahawa jika kita memanfaatkan teknologi serta kemudahan yang Allah berikan kepada umat dizaman ini,rasa teramatlah bersyukur kerana pada zaman ini,segala-gala bergerak dengan pantas.Masing-masing ingin bergerak pantas,namun juga,Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi,Dia telah kurniakan kepada HambaNya pelbagai kemudahan bagi mengenaliNya pada zaman ini agar kita menjadi umat yang bertaqwa.

Namun,disamping dengan kemudahan yang Allah kurniakan,semakin ramai yang salah gunakan kemudahan yang Allah telah kurniakan. Segala kemudahan yang Allah bagi kepada umat ini untuk kita semakin menjadi insan yang bersifat Ihsan,kita telah menggunakan ia bagi memenuhi kehendak nafsu kita yang tidak terkawal dan hanya mahu menerima sesuatu yang menyeronokkan semata-mata tanpa kita menggunakan untuk menuntut ilmu. Demikian,walaupun sekeliling kita,telah dipenuhi dengan pelbagai kemudahan media massa,kita semakin lambat dalam menuntut ilmu hatta hanya buat endah sahaja. Kalau dahulu hendak menuntut ilmu kena jalan merentasi kampung ke kampung dan kadang-kadang terpaksa meredah benua bagi menuntut ilmu bagi membangunkan diri dan masyarakat agar menjadi umat yang bertamadun.

Sedarkah kita,bahawa kita telah perlahan dalam kawasan yang tidak sepatutnya perlahan atau dengan kata lain kita leka dengan keadaan kita sekarang ini. Kita malas menuntut ilmu yang mana boleh memberi manfaat kepada kita dan kita boleh menyebarkan ilmu kita bagi membentuk diri kita dan masyarakat supaya menjadi satu masyarakat yang bersifat Ihsan,bukan hanya tahu buat bangunan yang canggih,bukan hanya tangkas dalam  menyelesaikan soalan,tapi tidak bersifat Ihsan dan hilangnya amanah,kehormatan,dan pelbagai lagi.

Apabila sifat-sifat Ihsan ini semakin hilang dalam diri kita,kita juga semakin hilang jiwa Iqra’

ù&tø%$# ÉOó$$Î/ y7În/u Ï%©!$# t,n=y{ ÇÊÈ t,n=y{ z`»|¡SM}$# ô`ÏB @,n=tã ÇËÈ ù&tø%$# y7š/uur ãPtø.F{$# ÇÌÈ Ï%©!$# zO¯=tæ ÉOn=s)ø9$$Î/ ÇÍÈ zO¯=tæ z`»|¡SM}$# $tB óOs9 ÷Ls>÷ètƒ ÇÎÈ

1.  Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,
2.  Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3.  Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah,
4.  Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam
5.  Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Surah Al-Aqla,ayat 1-5)

Apabila sifat Ihsan semakin menghilang,jiwa Iqra’ juga semakin hilang. Kita hidangkan jiwa kita dengan pelbagai hidangan jiwa yang kotor atau dengan kata lain hidangan yang semakin membantut pemikiran kita. Apabila keadaan ini semakin parah,kita mula rasa sangat selesa dengan semua ini sehinggakan jiwa kita tidak lagi mampu menerima hidangan jiwa yang bersih yang boleh mendidik kita supaya menjadi insan yang bersifat Ihsan,bukan insan yang bersifatkan haiwan yang hanya hendakkan keselesaan semata-mata.

Teringat saya tentang kata-kata seorang ulama Islam Ibrahim bin Adhan yang mana bila dia ditanyakan oleh seorang lelaki bahawa dia ingin melakukan perkara yang Allah murka. Maka beliau pun mengajukan soalan kepada pemuda tersebut. Pertama,jika kita ingin melakukan apa yang Allah murka,maka jangan makan segala rezaki yang ada dimuka bumi ini kerana semua ini hak Allah dan akan ditanya diakhirat kelak. Kedua,jika kita ingin melakukan apa yang Allah murka,jangan tinggal dibumi ini kerana bumi ini hak Allah. Ketiga,jika ingin melakukan maksiat,lakukan ditempat yang Allah tidak dapat lihat kamu. Keempat,kalau malaikat maut dating ingin mencabut nyawa dalam keadaan penuh dosa,minta malaikat maut tangguh kerana ingin bertaubat.Kelima,di hari akhirat kelak,jika malaikat Zabbaniyah(Malaikat yang ditugaskan mengheret bakal ahli neraka),jangan ikut atau cuba lari. Jika kita mampu penuhi semua ini,maka bebaslah kita buat maksiat.

Kesimpulannya,ilmu adalah cahaya bagi seseorang insan kerana ilmu dan pengetahuan adalah sesuatu yang berbeza. Ilmu ialah pengetahuan yang disertakan dengan sifat-sifat insan dan Ihsan manakala pengetahuan adalah maklumat yang mana hanya mengajar kita menjadi seorang insan namun tidak bersifat Ihsan. Kurang rasa berdisiplin,bertanggungjawab dan tidak merasakan Tuhan ini wujud sehinggakan kita mencebik bibir dan memalingkan wajah hatta pada media massa yang banyak mendidik diri kita supaya menjadi Insan yang bersifat Ihsan. Pernah saya membaca satu kata-kata hikmah daripada seorang cendikiawan yang mana ia mengatakan jika kita hendak mengetahui siapa diri kita,tengoklah apa yang kita suka membaca. Jika yang mampu mendidik kita,InsyaAllah akan menjadikan kita insan yang bersifat Ihsan dan sebaliknya hanya menjadikan kita tiada bezanya dengan haiwan bukan secara fizikal,tetapi pada kehidupan mereka.  

Semoga kita mampu menjadi Insan yang bersifat Ihsan. 
Mari Merebut Cinta Hakiki^^