Tuesday 16 April 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta.





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah. Bersyukur kepada Illahi kerana dengan limpah dan rahmatNya kerana masih lagi diberikan hidayah taufiqNya untuk kita bersama-sama merasai nikmatNya yang paling besar iaitu dipelihara kita daripada berpaling daripada Islam yang mana bukan semua dapat merasai nikmat ini. Hanya yang dipilih sahaja boleh merasi nikmat ini dan semoga kita dipilih serta dipelihara daripada berpaling daripada nikmat ini.

Sedikit coretan kartun yang saya dapat daripada FaceBook yang sangat perlu kita ambil berat untuk diri kita muhasabah:


Apa coretan yang boleh kita fahamai daripada kartun diatas?

Si anak mampu bercerita lebih fasih tentang segala hal hiburan yang terkenal di dunia ini dengan fasihnya,

Si ayah bangga dengan anaknya yang dilihat banyak benda yang kita kira "up-to-date" dimasa kini dan minta tunjukkan kepada si pakcik segala yang dia ketahui.

Namun,apa yang sedih apabila si pakcik mengajukan soalah mengenai Insan yang sangat mulia di pelusuk alam,si anak tidak mampu bercerita dan si ayah tidak senang dengan pertanyaan tersebut.

Amat sedih sekali apabila kita ummat Islam yang mengaku beriman tetapi tidak mengambil  tahu tentang insan yang sangat mulia ini yang mana Allah berfirman didalam Al-Quran jika kita menolak, memusuhi,mengejek dan lain-lain lagi tentang Insan ini,maka syahadahnya batal serta merta.

Amat sedih sekali apabila kita sendiri semakin tidak mengenal Insan ini dengan mendalam,bagaimana kita hendak sampaikan kepada generasi akan datang tentang kemuliaan Insan ini. Apakah cukup ilmu untuk mengenal Insan yang mulia ini cukup pada zaman kita belajar semata-mata peperiksaan atau ikut atau zaman pendidikan tinggi?

Jika kita tidak berusaha mengenali Insan yang mulia ini,mana mungkin kita hendak mengambil contoh sebagai tauladah sepanjang zaman,apatah lagi hendak generasi akan datang mengenali Insan ini.

Kata pepatah,tidak kenal maka tidak cinta,

Akibat tidak mengenal Insan ini,

Diantara faktor zaman ini manusia semakin pentingkan diri ialah kerana tidak mengenal Insan ini,tidak merasakan cinta kerana kurang mengambil berat tentang kehidupan Insan ini. Kita hanya mengambil kira Insan ini hanya Insan yang berjuang menyebarkan Islam sekadar cerita sejarah Islam berkembang semata-mata tetapi tidak mengambi tahu betapa mulianya akhlaknya,betapa kreatif,professional dan pelbagai lagi yang kita boleh pelajari untuk kita membentuk diri kita menjadi insan yang mulia dan berkualiti.

Hasilnya,

Semakin banyak berlaku masalah dalam masyarakat Islam kerana kita banyak mengambil contoh dan tauladah daripada mereka yang kurang membawa kita untuk mengenali Islam disebabkan kita terlalu mudah terpengaruh dan merasakan mereka lebih hebat di hati kita,tetapi semakin jauh dengan Islam.


Bagaimana hendak kita mengenali Insan ini?

Banyakkan menuntuk ilmu dengan memperbanyakkan amalan membaca,

Tanamkan sifat ingin tahu kenapa Insan ini begitu istimewa,

Melihat semua perjalanan hidup Insan ini bagi kita lebih mengenali,


Hasil jika berjaya mengenali insan ini

Kita semakin merasakan dialah sebaik-baik manusia dan mengambil segala apa yang dia sampaikan untuk ummat ini demi menjadikan ummat ini sebaik-baik ummat. Jiwa kita akan lebih menjurus ke arah kebaikkan kerana apabila kita mengambil Insan ini sebagai contoh,maka kita akan lebih mengikut segala apa yang diajarkannya untuk menjadi manusia yang bejaya.

Akhir kata,sebagai ummat Islam,sebaik-baiknya kita mengambil Insan yang mulia ini iaitu Nabi Muhammad S.A.W. sebaik-baik contoh yang terlekat dihati kita kerana Allah S..W.T. sendiri berfirman didalam Al-Quran sebaik-baik contoh kepada kita ialah Nabi Muhammad S.A.W. . Jika tidak mengenali Baginda,mana mungkin kita hendak mengambil Baginda sebagai contoh untuk membentuk diri kita menjadi muslim yang berakhlak mulia lagi berkualiti.

Mukmin sejati merebut cinta hakiki.