Monday, 18 March 2013

Pengalaman,semakin membentuk atau merobos diri?








Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi,

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah. Bersyukur terhadrat Illahi kerana masih lagi diberikan nafas tanpa mengenakan sedikit caj kepada kita untuk berjalan dimuka bumi ini dengan penuh Rahmat keatas kesemua hambaNya,Alhamdulillah.

Selawat dan Salam junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. . Semoga kita akan bersama-sama dengan Baginda dan bersama-sama menuju ke Jannah yang penuh nikmat dan keselesaan yang tidak terhingga yang telah Allah S.W.T. janjikan terhadap hambaNya yang beriman dan bertaqwa serta yang telah Allah ampunkan mereka. Semoga kita termasuk dalam golongan tersebut dan dipelihara daripada azab api neraka yang mana tidak ada satu pun makhluk yang boleh menahan walaupun sebesar mana kekuatannya seperti Firauan dan sekutu-sekutunya.

Alhamdulillah,sedar atau tidak sudah hampir tiga tahun saya bergelar sebagai mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menuntut kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik dengan Pendidikan. Semoga Allah berkati usaha saya dan memelihara saya daripada terpesong daripada jalanNya secara sedar atau tidak.

Sepanjang saya menuntut disini,Alhamdulillah,pelbagai ilmu,pengalaman dan berkenalan dengan pelbagai gelagat insan yang mana semakin kita berjalan,semakin kita bertambahilma dan pengalaman kita dan semakin cekal hati untuk meneruskan kehidupan pada masa akan datang. Sangat saya berharap agar pengalaman ini mematangkan saya dan semakin bertambah ilmu saya untuk berbakti pada agaman,bangsa, dan negara. InsyaAllah.

Itulah sedikit sinopsis kehidupan saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan saya mohon doa-doa sahabat dan keluarga saya agar mendapat keputusan yang cemerlang dan mampu meneruskan ke peringkat Master kerana saya merasakan kehidupan sebagai pelajar seronok dan banyak menimba ilmu dan pengalaman.
Namun,apa yang saya ingin sampaikan disini ialah berkenaan pengalaman hidup kita sepanjang belasan tahun dan seterusnya. Ingin kita bertanyakan kepada diri kita sendiri,adakah kita semakin matang dengan pertambahan umur kita dan ilmu kita semakin bertambah,Iman dan taqwa kita dan lain-lain lagi yang berguna lebih-lebih agi kita sebagai umat Islam.

Alhamdulillah kepada yang semakin baik dan jika belum ada perubahan,mohonlah pada Allah agar hati kita sentiasa ada Iman dan Taqwa dan semoga ia semakin bertambah kerana kita berjalan semakin jauh dan semakin bertambah umur kita dan semakin banyak lagi ragam yang kita akan jumpa. Adakah kita hendak menghadapi semua ini dengan ilmu yang setakat dalam sekolah semata-mata,iman kita yang sama sejak zaman belajar di universiti?

Kita perlu sedar!

Kita tidak boleh berjalan dengan bekalan yang sangat sedikit kerana hakikatnya kita tidak tahu berapa jauh lagi perjalanan kita.Ilmu,Iman,dan Taqwa adalah ibarat seperti makanan yang bersih untuk seseorang yang berjalan jauh,dan sepanjang perjalanana,ianya perlu diisi balik dan adakalanya perlu lebih lagi kerana kita tidak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang. Jika kita leka,alamatnya  habislah makanan kita yang bersih dan kita akan kelaparan dan kehausan dan akhirnya terpaksa kutip sahaja apa yang kita temui,akibatnya kita menjadi sakit dan sakit sehinggakan jika kita temui makanan yang bersih lagi suci sekalipun,kita mungkin akan menolak kerana jiwa kita telah serasi dengan makanan yang kotor.

Rumusannya,semakin jauh kita berjalan,semakin luas pengalaman kita dan  kita perlukan ilmu,iman dan taqwa bagi mengilustrasi pengalaman kita kearah yang lebih diredhai  Allah dan mampu membentuk jiwa kita sebagai insan yang terbilang,khususnya umat Islam. Ingat ,jika kita berjalan sejauh mana sekalipun,jika ianya buat kita semakin jauh daripada Allah,semakin hilang iman,semakin cetek imu,alamatnya kita hanyalah seperti robot sahaja yang tidak ada perubahan,kekal dengan system asalnya,tiada perubahan,semakin tidak ada nilai,hanya menjadi kisah dalam sejarah.

Mari merebut Cinta Hakiki.

Monday, 11 February 2013

Antara hajat diri dengan keampunan diri



       


      Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah. Bersyukur terhadrat Illah kerana dengan limpah kurniaNya,masih lagi diberikan peluang lagi untuk berbakti dan manjadi seorang hamba yang taat dan patuh kepada suruhNya. Mudah-mudahan,kita diberikan petunjuk dan rahmat daripadaNya agar sama-sama kita berjalan dan bergerak dijalan yang lurus seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran dalam surah Al-Fatihah ayat yang ke-5 yang mana setiap kali kita membacanya dalam solat yang bermaksud “Tunjukkan kami jalan yang lurus” . Mudah-mudahan Allah S.W.T. memelihara dan sentiasa meletakkan kita di jalan yang diredhaiNya,InsyaAllah.

Sering kali kita memohon hajat selepas solat kepada Allah S.W.T. dengan pelbagai hajat yang kita kehendaki. Ada yang memohon hajat supaya dikurniakan jodoh yang dia suka,ada yang memohon hajat agar keputusan peperiksaan mendapat dengan cemerlang,ada juga yang berhajat pekerjaan dan pelbagai lagi hajat yang kita semua minta da nada yang Allah S.W.T. makbulkan dan ada juga sebaliknya  namun sama ada makbul atau tidak semuanya mempunyai hikmah yang mana Allah S.W.T. sahaja yang mengetahui untuk hambanya.

Jika hajat kita tidak makbul,bukan bermakna Allah S.W.T. tidak mendengar hajat kita,sedangkan Iblis yang laknat lagi derhaka Allah S.W.T. makbulkan hajat dia diberikan tempoh penangguhan ajalnya sehinggal hari kiamat,inikan pula hajat seorang hamba yang kita melafazkan syahadah serta melaksanakan yang wajib,meninggalkan yang syubhah lagi jelas haramnya,InsyaAllah,Allah akan gantikan yang lebih baik dan terpulang kepada kita untuk menerimanya atau tidak.

Namun,saya lebih tertarik untuk berkongsi tentang kisah Umar Al-Khattab ketika beliau diberitahu oleh Nabi Muhamad S.A.W. tentang seorang hamba Allah yang mana ketika itu telah memeluk Islam ketika zaman Baginda namun tidak dikira sebagai sahabat kerana syarat menjadi sahabat mesti memeluk Islam dihadapan Baginda. Baginda menyatakan bahawa pemuda ini doanya mustajab oleh Allah S.W.T. dan meminta Umar Al-Khattab dan sahabat-sahabat lain berjumpa dengan pemuda tersebut dan pemuda tersebut bernama Uwais al-Qarni.

Diringkaskan cerita,pada zaman pemerintahan Umar Al-Khattab,beliau dan beberapa orang sahabat telah berjumpa dengan Uwais Al-Qarni dan meminta Uwai Al-Qarni memohon doa meminta Allah S.W.T. mengampunkan dosa mereka.
Maha Suci Allah. Umar Al-Khattab dan Saidina Ali merupakan sahabat yang besar yang banyak jasa kepada Islam semasa zaman Rasul S.A.W. dan selepasnya dan dijamin masuk syurga masih lagi memohon keampunan dan kerehdaan Allah S.W.T. berjiwa hamba dan sucinya mereka mencintai Allah dan Rasul S.A.W.

Sahabat-sahabat sekalian termasuk diri saya sendiri,agak-agaknya nisbah kita minta kempunan dengan minta hajat kita secara peribadi mana lagi banyak. Kita sering kali marah dan mengeluh jika Allah S.W.T. tidak makbulkan hajat kita tetapi hanya satu sahaja hajat yang mana InsyaAllah, Allah akan makbulkan jika kita benar-benar Ikhlas memohon kepadaNya iaitu taubat nasuha. 

Kita bangga jika hajat kita Allah makbulkan dan lebih malang lagi,pada masa yang sama kita memohon pada Allah S.W.T dan melakukan maksiat kepada Allah dan bilamana hajat kita yang kita doa makbul,kita berani mengatakan yang Allah rehda dengan kita,Nauzubillah. Sering kali saya diingatkan dalam banyak ceramah dan buku motovasi diberikan perumpamaan yang mana jika seorang ayah itu memberi sesuatu yang anaknya meminta,ada kala dia memberikan dengan penu kerehdaan dan ada kala dengan penuh kemurkaan.

Jika anaknya seorang yang baik dan taat,dia memberikan dengan penuh kasih saying dan kadang kala dia tangguh dahulu kerana ingin memberikan yang lebih baik dan jika anak itu seorang yang buruk perangai dan banyak lagi perkara negetif,dia juga akan berikan tetapi dengan penuh kemurkaan kerana benci dengan suaranya yang mengada-gada kerana dia seorang anak yang dehaka tetapi tidak malu meminta hajat kepada ayahnya yang banyak melanggar perintahnya.

Begitu juga dengan Allah S.W.T. , jika kita ini seorang hamba yang taat padaNya dan mematuhi segala apa yang dia suruh,InsyaAllah,dia akan berikan dengan penuh barakah(keberkatan) dan ada kala digantikan dengan lebih baik lagi.

Kesimpulannya,meminta hajat tidak salah,tetapi nisbah hajat untuk nafsu kita dengan hajat memohon keampunan mana lagi banyak kita pohon. Semoga kita mencontohi sifat kehambaan sahabat-sahabat Baginda agar kita dapat merebut cinta hakiki demi meraikan kerehdaanNya

Mari merebut Cinta Hakiki.


Tuesday, 8 January 2013

Siapa sanggup terima tetamu yang bernama "kemurkaan" ?


BismillahiRahmanniRahim,
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Meyayangi

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah. Bersyukur terhadrat Illahi kerana masih lagi diberikan peluang olehnya untuk hidup dimuka bumi ini dengan merasakan segala nikmat dan limpah Rahmatnya yang tidak terkira telah kita kecapi sama ada secara sedar atau tidak. Amatlah rugi bagi kita jika kita tidak bersyukur terhadapNya.

Telah berapa banyak nikmat yang telah kita kecapi khususnya untuk diri kita sebagai rakyat Malaysia kerana dibumi ini telah banyak rezaki yang Allah kurniakan dimuka bumi ini dan jika kita bertanyakan kepada pendatang asing,pasti mereka mengatakan bahawa negara kita ialah negara yang aman dan mempunyai mempunyai pelbagai nikmat yang kebanyakan tidak terdapat dalam negara mereka.

Antaranya boleh kita lihat sambutan tahun baru yang majority rakyat kita sambut dengan penuh kegembiraan dan pelbagai lagi pesta yang pelbagai pihak telah anjurkan bagi menunjukkan bahawa kita sedang bergembira menyambut tahun baru dengan cara tersendiri.

Sekadar hiasan


Namun,jika kita mengikut isu semasa,pelbagai juga ujian yang telah Allah berikan kepada kita walaupun kita masih lagi diawal tahun baru. Antaranya pebagai lagi krisis yang melanda pada umat negara ini khususnya umat Islan,ianya sebagai awal permulaan bala yang sedikit demi sedikit yang Allah berikan kepada kita dan jika kita gagal mengambil ikhtibar,Allah pasti akan turunkan bala yang lebih dasyat lagi.

Isu-isu semasa yang mencabar kita sebagai umat Islam menunjukkan betapa ceteknya ilmu kita walaupun bilangan pelajar yang mendapat “A” dalam peperiksaan awam,pelbagai institusi pendidikan telah ditubuhkan ,namun malah umat kita semakin parah dan parah lagi sehinggakan masalah yang kecil kita pandang remeh disebabkan hati kita tidak sensitif dengan hal-hal agama.



Tidak perlu memandang hal-hal yang berkaitan dengan isu-isu politik yang kadang-kala telah lama diselesaikan dan mempunyai jalan penyelesaian jika kita lihat mudah sahaja. Lihat sahaja masalah yang dari sekian lama tidak selesai,malah makin parah dan parah dan lebih memalukan ianya melibatkan secara peratus besar adalah umat Islam. 

Allah....

Kita bangga kita umat majoriti dalam negara ini tetapi kita semakin lupakan Allah dan Rasul. Kita hanya mengatakan bahawa kita sayangkan Allah dan Rasul tetapi kita masih lagi melanggar perintahnya dan dengan bangganya kita tonjolkan kesombongan kita.

Manakan maruah kita?

Kita makin lama makin "menjemput" kemurkaan Allah untuk datang kenegara kita setelah kita lihat banyak negara yang Allah turunkan bagi memberi ikhtibar dan pengajaran agar cepat-cepat kita bertaubat. Namun kita semakin hari semakin malampaui batas.



Jika kita teringat bahawa tsunami yang telah melanda Aceh pada tahun 2004,pelbagai pengajaran dan 1001 makna yang boleh kita ambil ikhtibar.Mahukah kita jadi seperti ini baru hendak berubah sedangkan Allah telah berikan pelbagai peringatan kepada diri kita sebelum ini.


Sebelum Allah menghantar balanya,marilah sama-sama kita berusaha menangguhkan dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah dan perlu ingat,zikir bukan semata-mata dilakukan selepas solat,ianya boleh dilakukan dengan cara menuntut ilmu agar hati kita semakin bersih dan kita semakin celik dengan agama kita sendiri, 

Ingatlah,bahawa Allah tidak menzalimi hambaNya,hanya hambanNya sahaja yang menzalimi diri mereka kerana kita mengatakan kita cinta Allah dan Rasul tetapi hakikatnya kita mendustai dan akhirnya bala yang paling parah yang Allah akan turunkan kita akan semakin jahil dengan ilmu agama dan walapun kita semakin maju,tetapi hakikatnnya kita semakin mundur dari segi rohaniah dan itulah bala yang paling dasyat di muka bumi ini.

Jika kita mengatakan kita cinta Allah dan Rasul,zahirkannya dengan melakukan segala apa yang disuruh,tinggalkan apa yang dilarang.InsyaAllah,tidak ada orang dimuka bumi ini Allah zalimi mereka yang sayangkan Allah dan Rasul.

Sejarah sahabat menunjukkan bahawa Islam semakin luas berkembang disebabkan merekan cintakan Allah dan Rasul dan Allah telah berikan pelbagai nikmat dan mengangkat darjat mereka kerana mereka cintakan Allah dan Rasul dengan cinta yang hakiki,bukan di bibir semata-mata.

Mari merebut cinta hakiki^^

Sunday, 16 December 2012

Senyum






BismillahiRahmanniRahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah,Bersyukur terhadrat Illahi kerana dengan limpah Rahmat-Nya,masih lagi kita diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi ini dengan harapan semoga Allah memberikan peluang kepada kita untuk merebut cintaNya agar kita tergolong dalam kalangan HambanNya,InsyaAllah.

Mudah-mudahan,Allah mengizinkan saya untuk menulis bagi mencurahkan sedikit ilmu saya sebagai sedikit saham bagi saya untuk bekalan apabila saya meninggalkan dunia ini, dan mudah-mudahan,Allah memberikan sedikit ilmu kepada saya untuk saya terus berjuang disertai istiqamah.

Diantara amalan yang kekal yang akan dibawa apabila anak Adam meninggalkan jasadnya ialah yang pertama doa anak solah,kedua ilmu yang bermanfaat,dan yang ketiga sedekah jariah. Mudah-mudahan Allah memberikan peluang kepada saya untuk terus beramal di Jalan yang diRedhai-Nya.

Sedikit perkongsian tentang akhlak baginda Nabi Muhammad S.A.W. yang sering kali patut kita jadikan sunnah yang lekang pada diri kita ialah senyum.

Ya,senyum,mudah saja. Antara faktor penarik yang paling orang suka apabila kita dipandang orang ialah senyum kerana apabila kita senyum dengan hati yang ikhlas,InsyaAllah,kita akan mudah menawan hati sesiapa sahaja dengan syarat kita senyum pada caranya.



Teringat lagu yang sering saya gemar mendengarnya bagi mengekalkan amalan senyum ini

Raihan-senyum
 Manis wajahmu kulihat di sana 
Apa rahsia yang tersirat 
Tapi zahirnya dapat kulihat 
Mesra wajahmu dengan senyuman
Senyuman...
Senyuman...
Senyum tanda mesra 
Senyum tanda sayang 
Senyumlah sedekah yang paling mudah 
Senyum di waktu susah tanda ketabahan 
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah...
Senyumlah...
Senyumlah...
Senyumlah...
Hati yang gundah terasa tenang 
Bila melihat senyum diri kan tenang 
Tapi senyumlah seikhlas hati 
Senyuman dari hati jatuh ke hati
Senyumlah... 

Senyumlah...
Senyumlah seperti Rasulullah 
Senyumnya bersinar dengan cahaya 
Senyumlah kita hanya kerana Allah 
Itulah senyuman bersedekah
Senyumlah...
Senyumlah...
Senyumlah...
Senyumlah...
Itulah sedekah paling mudah 
Tiada terasa terhutang budi 
Ikat persahabatan antara kita 
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyum... Senyum... Senyum... 
Senyum... Senyum... Senyum... 
Senyum... 
Senyumlah kita
Senyumlah... Senyumlah...Senyumlah... 
Senyumlah penawar duka 
Senyumlah penyejuk hati

Senyumlah seperi Rasulullah S.A.W. InsyaAllah,tanda hati seseorang itu cintakan Rsulullah S.A.W. ialah dengan mengamalkan Sunnahnya walaupun sedikit.
 Amin…Amin…Ya Rabb…
Hayatilah lirik ini,mudah-mudahan kita amalkan sunnah Rasulullah S.A.W.
Mari Merebut Cinta Hakiki^^

Wednesday, 28 November 2012

Insan yang bersifat Ihsan





BismillahiRahmaniRahim,

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah,bersyukur terhadrad Illahi kerana masih lagi diberikan peluang untuk kita berbakti serta masih lagi diberi keizinan untuk memohon ampun jika melakukan dosa sama ada dalam keadaan sedar atau tidak,tahu atau tidak tahu disebabkan kecetekan ilmu serta pengetahuan kita dalam melakukan perbuatan tersebut. Istifarlah,InsyaAllah,Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi,mudah-mudahan kita tergolong dalam kaum yang Allah redhai.

Seperti kebiasaan waktu pagi,saya dan sahabat sebilik saya akan meluahkan waktu diwaktu pagi selesai solat Subuh dengan mendengar IKIM F.M dan menonton rancangan Reflection sebagai sedikit pengisian kami diwaktu pagi untuk menambah sedikit ilmu. Apabila saya terfikirkan bahawa jika kita memanfaatkan teknologi serta kemudahan yang Allah berikan kepada umat dizaman ini,rasa teramatlah bersyukur kerana pada zaman ini,segala-gala bergerak dengan pantas.Masing-masing ingin bergerak pantas,namun juga,Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi,Dia telah kurniakan kepada HambaNya pelbagai kemudahan bagi mengenaliNya pada zaman ini agar kita menjadi umat yang bertaqwa.

Namun,disamping dengan kemudahan yang Allah kurniakan,semakin ramai yang salah gunakan kemudahan yang Allah telah kurniakan. Segala kemudahan yang Allah bagi kepada umat ini untuk kita semakin menjadi insan yang bersifat Ihsan,kita telah menggunakan ia bagi memenuhi kehendak nafsu kita yang tidak terkawal dan hanya mahu menerima sesuatu yang menyeronokkan semata-mata tanpa kita menggunakan untuk menuntut ilmu. Demikian,walaupun sekeliling kita,telah dipenuhi dengan pelbagai kemudahan media massa,kita semakin lambat dalam menuntut ilmu hatta hanya buat endah sahaja. Kalau dahulu hendak menuntut ilmu kena jalan merentasi kampung ke kampung dan kadang-kadang terpaksa meredah benua bagi menuntut ilmu bagi membangunkan diri dan masyarakat agar menjadi umat yang bertamadun.

Sedarkah kita,bahawa kita telah perlahan dalam kawasan yang tidak sepatutnya perlahan atau dengan kata lain kita leka dengan keadaan kita sekarang ini. Kita malas menuntut ilmu yang mana boleh memberi manfaat kepada kita dan kita boleh menyebarkan ilmu kita bagi membentuk diri kita dan masyarakat supaya menjadi satu masyarakat yang bersifat Ihsan,bukan hanya tahu buat bangunan yang canggih,bukan hanya tangkas dalam  menyelesaikan soalan,tapi tidak bersifat Ihsan dan hilangnya amanah,kehormatan,dan pelbagai lagi.

Apabila sifat-sifat Ihsan ini semakin hilang dalam diri kita,kita juga semakin hilang jiwa Iqra’

ù&tø%$# ÉOó$$Î/ y7În/u Ï%©!$# t,n=y{ ÇÊÈ t,n=y{ z`»|¡SM}$# ô`ÏB @,n=tã ÇËÈ ù&tø%$# y7š/uur ãPtø.F{$# ÇÌÈ Ï%©!$# zO¯=tæ ÉOn=s)ø9$$Î/ ÇÍÈ zO¯=tæ z`»|¡SM}$# $tB óOs9 ÷Ls>÷ètƒ ÇÎÈ

1.  Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,
2.  Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3.  Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah,
4.  Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam
5.  Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Surah Al-Aqla,ayat 1-5)

Apabila sifat Ihsan semakin menghilang,jiwa Iqra’ juga semakin hilang. Kita hidangkan jiwa kita dengan pelbagai hidangan jiwa yang kotor atau dengan kata lain hidangan yang semakin membantut pemikiran kita. Apabila keadaan ini semakin parah,kita mula rasa sangat selesa dengan semua ini sehinggakan jiwa kita tidak lagi mampu menerima hidangan jiwa yang bersih yang boleh mendidik kita supaya menjadi insan yang bersifat Ihsan,bukan insan yang bersifatkan haiwan yang hanya hendakkan keselesaan semata-mata.

Teringat saya tentang kata-kata seorang ulama Islam Ibrahim bin Adhan yang mana bila dia ditanyakan oleh seorang lelaki bahawa dia ingin melakukan perkara yang Allah murka. Maka beliau pun mengajukan soalan kepada pemuda tersebut. Pertama,jika kita ingin melakukan apa yang Allah murka,maka jangan makan segala rezaki yang ada dimuka bumi ini kerana semua ini hak Allah dan akan ditanya diakhirat kelak. Kedua,jika kita ingin melakukan apa yang Allah murka,jangan tinggal dibumi ini kerana bumi ini hak Allah. Ketiga,jika ingin melakukan maksiat,lakukan ditempat yang Allah tidak dapat lihat kamu. Keempat,kalau malaikat maut dating ingin mencabut nyawa dalam keadaan penuh dosa,minta malaikat maut tangguh kerana ingin bertaubat.Kelima,di hari akhirat kelak,jika malaikat Zabbaniyah(Malaikat yang ditugaskan mengheret bakal ahli neraka),jangan ikut atau cuba lari. Jika kita mampu penuhi semua ini,maka bebaslah kita buat maksiat.

Kesimpulannya,ilmu adalah cahaya bagi seseorang insan kerana ilmu dan pengetahuan adalah sesuatu yang berbeza. Ilmu ialah pengetahuan yang disertakan dengan sifat-sifat insan dan Ihsan manakala pengetahuan adalah maklumat yang mana hanya mengajar kita menjadi seorang insan namun tidak bersifat Ihsan. Kurang rasa berdisiplin,bertanggungjawab dan tidak merasakan Tuhan ini wujud sehinggakan kita mencebik bibir dan memalingkan wajah hatta pada media massa yang banyak mendidik diri kita supaya menjadi Insan yang bersifat Ihsan. Pernah saya membaca satu kata-kata hikmah daripada seorang cendikiawan yang mana ia mengatakan jika kita hendak mengetahui siapa diri kita,tengoklah apa yang kita suka membaca. Jika yang mampu mendidik kita,InsyaAllah akan menjadikan kita insan yang bersifat Ihsan dan sebaliknya hanya menjadikan kita tiada bezanya dengan haiwan bukan secara fizikal,tetapi pada kehidupan mereka.  

Semoga kita mampu menjadi Insan yang bersifat Ihsan. 
Mari Merebut Cinta Hakiki^^


Monday, 29 October 2012

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi.

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.Bersyukur terhadap Illahi kerana masih diberikan kurniaan yang mana antara kurniaan yang paling terbesar antara kurniaanNya ialah nikmat sihat dan masa lapang.Sihat,bukan semua orang mampu kecapi kerana mungkin kita sekarang ini tengah sihat buat kerja,bersantai,dan bermacam-macam lagi mana aktiviti yang kita buat dalam kita tengah sihat namun pada masa yang sama mungkin ada dikalangan kita yang tengah sakit,terlantar dalam rumah,atas katil,atas kerusi roda,dan bermacam-macam lagi dan paling bahaya pada zahirnya sahaja sihat namun berapa ramai yang pada zahirnya sahaja yang sihat tetapi rohaninya sedang sakit. Sebab itu antara nikmat yang paling terbesar antara nikmat-nikmatnya ialah sihat.

Dikesempatan waktu yang sedikit,ingin kongsikan sedikit perkongsian daripada cikgu bahasa Inggeris saya yang mana Allah pelihara kertas yang penuh bermakna pada saya yang pada logiknya saya hanya letakkan kertas ini merata-rata sahaja sepanjang dua tahun,namun Allah masih pelihara lagi kata-katanya yang dia bagi kepada anak murid kelasnya untuk renungan sepanjang hayat,semoga Allah memberikan kurniaan RahmatNya sepanjang hayat sehingga akhirat kelak.

Sedikit kata-katanya yang amat bermakna buat kita yang sedikit saya boleh jadikan untuk diri saya sebagai kata-kata motovasi :

Some very good and very bad things

The most destructive habit,
Worry

The greatest joy,
Giving

The greatest loss,
Loss of self-respect

The most satisfying work,
Helping others

The ugliest personality trait,
Selfishness

The most endangered species,
Dedicated leaders

Our greatest natural resourse
Our yourth

The greatest "shot in the arm",
Encouragement

The greatest problem to overcome,
Fear

The most effective sleeping pill
Peace of mind

The most crippling failure disease
Excuses

The most powerful force in life
Love

The most dangerous pariah,
A gossiper

The world's most incredible computer,
The Brain

The worst thing to be without,
Hope

The deadliest weapon,
The tongue

The two most power filled words,
"I Can"

The greatest asset.
Faith

The most worthless emotion
Self-pity

The most beautiful attire,
SMILE!

The most powerful channel of communication,
Prayer 

The most contangious spirit,
Enthusiasm

The most important thing in life,
Almighty God



Everyone needs this list to live by...

Great opportunities to help others seldom come,but small ones surround us every day.

From Pn Nibrasal,Kolej Matrikulasi Perlis 2009/2010

Let us grap a Pure Love,
Mari Merebut Cinta Hakiki^^







Wednesday, 29 August 2012

Erti kemerdekaan?





Bismillahirrahmanirahim

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah,

Tiada lagi ucapan sebagai seorang muslim dalam lafaznya setelah menerima nikmat dan segala keperluan yang telah Allah S.W.T. telah berikan kepada kita semua walaupun tidak kita minta akan nikmat tersebut tetapi Allah S.W.T. lebih mengetahui apa yang hambaNya perlukan semaada Muslim atau bukan Muslim. Maha Pemurah lagi Penyayang Allah S.W.T. terhadap hambaNya di dunia ini.

Alhamdulillah,kerana setelah kita semua lalui bulan Ramadhan,kini masuk dalam menyambut Bulan Syawal yang mana merupakan bulan untuk umat Islam bergembira setelah melalui proses pembersihan diri di bulan Ramadhan yang mulia ini dan di Malaysia pula kita akan menyambut bulan Kemerdekaan yang mana merupakan nikmat yang telah Allah S.W.T. kurniakan kepada rakyat Malaysia,iaitu meyambut Bulan Kemerdekaan dalam bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemenangan bagi umat Islam.

Sebagai umat Islam,kita wajib bersyurkur atas segala pemberian yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. yang mana telah banyak memberikan nikmat kepada kepada kita dan kadang kala orang lain yang berusaha tetapi orang lain yang mengecapi nikmat tersebut, Contoh yang mudah sahaja,lihat seorang bapa yang bertungkus lumus bekerja mencari rezaki untuk menyara hidup anak dan isteri sehingga sakit tetapi anaknya yang bersekolah,yang hanya kerjanya belajar semata-mata dapat merasai nikmat rezaki yang diusahakan olah si ayah dengan hanya meminta wang tanpa perlu bekerja seperti ayahnya. Jika difikirkan balik,berbaloikah si anak mendapat wang tanpa bekerja keras seperti ayahnya?

Sebab itu dalam Islam sangat dituntut untuk menjadi orang yang bersyurkur.Adakalanya kita tidak semestinya membalas dengan cara yang sama sebagaimana cara pihak lain berusaha untuk memperolehi nikmat sebagaimana yang kita kecapi,tetapi hendaklah kita membalas dengan cara menghargai nikmat yang kita perolehi atas usaha yang dilakukan oleh pihak tersebut.

Begitu juga dalam menghargai erti kemerdekaan.Pada tahun ini,umat Islam di Malaysia telah menyambut tiga kali kemerdekaan dan yang ketiga akan berlangsung tidak lama lagi ialitu Bulan Ramadhan,Bulan Syawal dan dalam Bulan Syawal Allah S.W.T. telah memberikan pula nikmat Kemerdekaan dalam negara.

Sebagai umat Islam,kita wajib memahami erti kemerdekaan yang sebenar kerana dengan memahami erti kemerdekaan yang sebenar barulah kita dapat membangun menjadi umat yang terbilang di zaman global ini.
Sia-sia sahaja kita menyangkakan kita telah merdeka tetapi hakikatnya hanya khayalan tidak ubah seperti angan-angan fantasi.Merdekakah kita jika masih dijajah dengan jahilliah pemikiran,jahilliah ilmu,jahilliah dengan perkara-perkara khurafat dan syirik,masih dalam dunia "katak dibawah tempurung" dan pelbagai jahillah lagi yang semakin berleluasa sehingga jika kita melihat,pasti kita tidak senang kerana kita bimbang akan menimpa diri kita dan keluarga kita.

Pelbagai kes-kes yang bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan yang kita berasa jemu untuk mendengarnya. Zina,pelacuran,pergaulan bebas yang tidak terkawal,lambakan bahan-bahan 18SX dan seumpananya lagi semakin berleluasa dalam masyarakat kita terutama kepada golongan muda. Ada kata-kata seorang ilmuan yang mengatakan bahawa jika kita ingin melihat bangun jatuhnya sesebuah agama,bangsa dan negara lihatlah pada pemuda pemudinya kerana merekalah yang akan mengantikan generasi lalu.Terbaru, pelajar perlu dipasang alat pengesan bagi mengelakkan ponteng sekolah. Pelajar bagaikan banduan yang perlu diawasi. Jika sampai ditahap ini masyarakat perlu sedar terutama Muslim,apakah erti kemerdekaan jika keadaan ini semakin parah,semakin lama usia merdeka sesebuah negara semakin parah jenayah dalam negara kita?

Tidak perlu menunding jari kepada sesiapa kerana jika kita menunding satu jari,empat lagi menunding kepada kita.Maknanya sebelum kita salahkan sesiapa,perlu kita bertanya kepada diri kita,sudahkah kita memainkan peranan kita ataupun kita hanya 2S(Syok Sendiri) dengan menyangka kita telah memainkan peranan kita menurut cara yang sebenar.

Walauapa sekalipun,marilah sama-sama kita mula mengambil langkah memahami erti kemerdekaan dengan erti kata yang sebenar,kelak Allah S.W.T. akan membalas dengan rahmatNya bagi kaum yang menjalani menurut kehendakNya.

Mari Merebut Cinta Hakiki^^