Monday 11 February 2013

Antara hajat diri dengan keampunan diri



       


      Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah. Bersyukur terhadrat Illah kerana dengan limpah kurniaNya,masih lagi diberikan peluang lagi untuk berbakti dan manjadi seorang hamba yang taat dan patuh kepada suruhNya. Mudah-mudahan,kita diberikan petunjuk dan rahmat daripadaNya agar sama-sama kita berjalan dan bergerak dijalan yang lurus seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran dalam surah Al-Fatihah ayat yang ke-5 yang mana setiap kali kita membacanya dalam solat yang bermaksud “Tunjukkan kami jalan yang lurus” . Mudah-mudahan Allah S.W.T. memelihara dan sentiasa meletakkan kita di jalan yang diredhaiNya,InsyaAllah.

Sering kali kita memohon hajat selepas solat kepada Allah S.W.T. dengan pelbagai hajat yang kita kehendaki. Ada yang memohon hajat supaya dikurniakan jodoh yang dia suka,ada yang memohon hajat agar keputusan peperiksaan mendapat dengan cemerlang,ada juga yang berhajat pekerjaan dan pelbagai lagi hajat yang kita semua minta da nada yang Allah S.W.T. makbulkan dan ada juga sebaliknya  namun sama ada makbul atau tidak semuanya mempunyai hikmah yang mana Allah S.W.T. sahaja yang mengetahui untuk hambanya.

Jika hajat kita tidak makbul,bukan bermakna Allah S.W.T. tidak mendengar hajat kita,sedangkan Iblis yang laknat lagi derhaka Allah S.W.T. makbulkan hajat dia diberikan tempoh penangguhan ajalnya sehinggal hari kiamat,inikan pula hajat seorang hamba yang kita melafazkan syahadah serta melaksanakan yang wajib,meninggalkan yang syubhah lagi jelas haramnya,InsyaAllah,Allah akan gantikan yang lebih baik dan terpulang kepada kita untuk menerimanya atau tidak.

Namun,saya lebih tertarik untuk berkongsi tentang kisah Umar Al-Khattab ketika beliau diberitahu oleh Nabi Muhamad S.A.W. tentang seorang hamba Allah yang mana ketika itu telah memeluk Islam ketika zaman Baginda namun tidak dikira sebagai sahabat kerana syarat menjadi sahabat mesti memeluk Islam dihadapan Baginda. Baginda menyatakan bahawa pemuda ini doanya mustajab oleh Allah S.W.T. dan meminta Umar Al-Khattab dan sahabat-sahabat lain berjumpa dengan pemuda tersebut dan pemuda tersebut bernama Uwais al-Qarni.

Diringkaskan cerita,pada zaman pemerintahan Umar Al-Khattab,beliau dan beberapa orang sahabat telah berjumpa dengan Uwais Al-Qarni dan meminta Uwai Al-Qarni memohon doa meminta Allah S.W.T. mengampunkan dosa mereka.
Maha Suci Allah. Umar Al-Khattab dan Saidina Ali merupakan sahabat yang besar yang banyak jasa kepada Islam semasa zaman Rasul S.A.W. dan selepasnya dan dijamin masuk syurga masih lagi memohon keampunan dan kerehdaan Allah S.W.T. berjiwa hamba dan sucinya mereka mencintai Allah dan Rasul S.A.W.

Sahabat-sahabat sekalian termasuk diri saya sendiri,agak-agaknya nisbah kita minta kempunan dengan minta hajat kita secara peribadi mana lagi banyak. Kita sering kali marah dan mengeluh jika Allah S.W.T. tidak makbulkan hajat kita tetapi hanya satu sahaja hajat yang mana InsyaAllah, Allah akan makbulkan jika kita benar-benar Ikhlas memohon kepadaNya iaitu taubat nasuha. 

Kita bangga jika hajat kita Allah makbulkan dan lebih malang lagi,pada masa yang sama kita memohon pada Allah S.W.T dan melakukan maksiat kepada Allah dan bilamana hajat kita yang kita doa makbul,kita berani mengatakan yang Allah rehda dengan kita,Nauzubillah. Sering kali saya diingatkan dalam banyak ceramah dan buku motovasi diberikan perumpamaan yang mana jika seorang ayah itu memberi sesuatu yang anaknya meminta,ada kala dia memberikan dengan penu kerehdaan dan ada kala dengan penuh kemurkaan.

Jika anaknya seorang yang baik dan taat,dia memberikan dengan penuh kasih saying dan kadang kala dia tangguh dahulu kerana ingin memberikan yang lebih baik dan jika anak itu seorang yang buruk perangai dan banyak lagi perkara negetif,dia juga akan berikan tetapi dengan penuh kemurkaan kerana benci dengan suaranya yang mengada-gada kerana dia seorang anak yang dehaka tetapi tidak malu meminta hajat kepada ayahnya yang banyak melanggar perintahnya.

Begitu juga dengan Allah S.W.T. , jika kita ini seorang hamba yang taat padaNya dan mematuhi segala apa yang dia suruh,InsyaAllah,dia akan berikan dengan penuh barakah(keberkatan) dan ada kala digantikan dengan lebih baik lagi.

Kesimpulannya,meminta hajat tidak salah,tetapi nisbah hajat untuk nafsu kita dengan hajat memohon keampunan mana lagi banyak kita pohon. Semoga kita mencontohi sifat kehambaan sahabat-sahabat Baginda agar kita dapat merebut cinta hakiki demi meraikan kerehdaanNya

Mari merebut Cinta Hakiki.