Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi,
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah. Bersyukur terhadrat
Illahi kerana masih lagi diberikan nafas tanpa mengenakan sedikit caj kepada
kita untuk berjalan dimuka bumi ini dengan penuh Rahmat keatas kesemua
hambaNya,Alhamdulillah.
Selawat dan Salam junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. . Semoga
kita akan bersama-sama dengan Baginda dan bersama-sama menuju ke Jannah yang
penuh nikmat dan keselesaan yang tidak terhingga yang telah Allah S.W.T.
janjikan terhadap hambaNya yang beriman dan bertaqwa serta yang telah Allah
ampunkan mereka. Semoga kita termasuk dalam golongan tersebut dan dipelihara
daripada azab api neraka yang mana tidak ada satu pun makhluk yang boleh
menahan walaupun sebesar mana kekuatannya seperti Firauan dan sekutu-sekutunya.
Alhamdulillah,sedar atau tidak sudah hampir tiga tahun saya
bergelar sebagai mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menuntut
kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik dengan Pendidikan. Semoga Allah
berkati usaha saya dan memelihara saya daripada terpesong daripada jalanNya
secara sedar atau tidak.
Sepanjang saya menuntut disini,Alhamdulillah,pelbagai
ilmu,pengalaman dan berkenalan dengan pelbagai gelagat insan yang mana semakin
kita berjalan,semakin kita bertambahilma dan pengalaman kita dan semakin cekal
hati untuk meneruskan kehidupan pada masa akan datang. Sangat saya berharap
agar pengalaman ini mematangkan saya dan semakin bertambah ilmu saya untuk
berbakti pada agaman,bangsa, dan negara. InsyaAllah.
Itulah sedikit sinopsis kehidupan saya di Universiti
Pendidikan Sultan Idris dan saya mohon doa-doa sahabat dan keluarga saya agar
mendapat keputusan yang cemerlang dan mampu meneruskan ke peringkat Master
kerana saya merasakan kehidupan sebagai pelajar seronok dan banyak menimba ilmu
dan pengalaman.
Namun,apa yang saya ingin sampaikan disini ialah berkenaan
pengalaman hidup kita sepanjang belasan tahun dan seterusnya. Ingin kita bertanyakan
kepada diri kita sendiri,adakah kita semakin matang dengan pertambahan umur kita
dan ilmu kita semakin bertambah,Iman dan taqwa kita dan lain-lain lagi yang
berguna lebih-lebih agi kita sebagai umat Islam.
Alhamdulillah kepada yang semakin baik dan jika belum ada
perubahan,mohonlah pada Allah agar hati kita sentiasa ada Iman dan Taqwa dan
semoga ia semakin bertambah kerana kita berjalan semakin jauh dan semakin
bertambah umur kita dan semakin banyak lagi ragam yang kita akan jumpa. Adakah
kita hendak menghadapi semua ini dengan ilmu yang setakat dalam sekolah
semata-mata,iman kita yang sama sejak zaman belajar di universiti?
Kita perlu sedar!
Kita tidak boleh berjalan dengan bekalan yang sangat sedikit
kerana hakikatnya kita tidak tahu berapa jauh lagi perjalanan
kita.Ilmu,Iman,dan Taqwa adalah ibarat seperti makanan yang bersih untuk
seseorang yang berjalan jauh,dan sepanjang perjalanana,ianya perlu diisi balik
dan adakalanya perlu lebih lagi kerana kita tidak tahu apa yang berlaku pada
masa akan datang. Jika kita leka,alamatnya habislah makanan kita yang bersih dan kita
akan kelaparan dan kehausan dan akhirnya terpaksa kutip sahaja apa yang kita
temui,akibatnya kita menjadi sakit dan sakit sehinggakan jika kita temui
makanan yang bersih lagi suci sekalipun,kita mungkin akan menolak kerana jiwa
kita telah serasi dengan makanan yang kotor.
Rumusannya,semakin jauh kita berjalan,semakin luas pengalaman
kita dan kita perlukan ilmu,iman dan
taqwa bagi mengilustrasi pengalaman kita kearah yang lebih diredhai Allah dan mampu membentuk jiwa kita sebagai
insan yang terbilang,khususnya umat Islam. Ingat ,jika kita berjalan sejauh mana
sekalipun,jika ianya buat kita semakin jauh daripada Allah,semakin hilang
iman,semakin cetek imu,alamatnya kita hanyalah seperti robot sahaja yang tidak
ada perubahan,kekal dengan system asalnya,tiada perubahan,semakin tidak ada nilai,hanya menjadi kisah dalam sejarah.
Mari merebut Cinta Hakiki.