Tuesday, 8 January 2013

Siapa sanggup terima tetamu yang bernama "kemurkaan" ?


BismillahiRahmanniRahim,
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Meyayangi

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah. Bersyukur terhadrat Illahi kerana masih lagi diberikan peluang olehnya untuk hidup dimuka bumi ini dengan merasakan segala nikmat dan limpah Rahmatnya yang tidak terkira telah kita kecapi sama ada secara sedar atau tidak. Amatlah rugi bagi kita jika kita tidak bersyukur terhadapNya.

Telah berapa banyak nikmat yang telah kita kecapi khususnya untuk diri kita sebagai rakyat Malaysia kerana dibumi ini telah banyak rezaki yang Allah kurniakan dimuka bumi ini dan jika kita bertanyakan kepada pendatang asing,pasti mereka mengatakan bahawa negara kita ialah negara yang aman dan mempunyai mempunyai pelbagai nikmat yang kebanyakan tidak terdapat dalam negara mereka.

Antaranya boleh kita lihat sambutan tahun baru yang majority rakyat kita sambut dengan penuh kegembiraan dan pelbagai lagi pesta yang pelbagai pihak telah anjurkan bagi menunjukkan bahawa kita sedang bergembira menyambut tahun baru dengan cara tersendiri.

Sekadar hiasan


Namun,jika kita mengikut isu semasa,pelbagai juga ujian yang telah Allah berikan kepada kita walaupun kita masih lagi diawal tahun baru. Antaranya pebagai lagi krisis yang melanda pada umat negara ini khususnya umat Islan,ianya sebagai awal permulaan bala yang sedikit demi sedikit yang Allah berikan kepada kita dan jika kita gagal mengambil ikhtibar,Allah pasti akan turunkan bala yang lebih dasyat lagi.

Isu-isu semasa yang mencabar kita sebagai umat Islam menunjukkan betapa ceteknya ilmu kita walaupun bilangan pelajar yang mendapat “A” dalam peperiksaan awam,pelbagai institusi pendidikan telah ditubuhkan ,namun malah umat kita semakin parah dan parah lagi sehinggakan masalah yang kecil kita pandang remeh disebabkan hati kita tidak sensitif dengan hal-hal agama.



Tidak perlu memandang hal-hal yang berkaitan dengan isu-isu politik yang kadang-kala telah lama diselesaikan dan mempunyai jalan penyelesaian jika kita lihat mudah sahaja. Lihat sahaja masalah yang dari sekian lama tidak selesai,malah makin parah dan parah dan lebih memalukan ianya melibatkan secara peratus besar adalah umat Islam. 

Allah....

Kita bangga kita umat majoriti dalam negara ini tetapi kita semakin lupakan Allah dan Rasul. Kita hanya mengatakan bahawa kita sayangkan Allah dan Rasul tetapi kita masih lagi melanggar perintahnya dan dengan bangganya kita tonjolkan kesombongan kita.

Manakan maruah kita?

Kita makin lama makin "menjemput" kemurkaan Allah untuk datang kenegara kita setelah kita lihat banyak negara yang Allah turunkan bagi memberi ikhtibar dan pengajaran agar cepat-cepat kita bertaubat. Namun kita semakin hari semakin malampaui batas.



Jika kita teringat bahawa tsunami yang telah melanda Aceh pada tahun 2004,pelbagai pengajaran dan 1001 makna yang boleh kita ambil ikhtibar.Mahukah kita jadi seperti ini baru hendak berubah sedangkan Allah telah berikan pelbagai peringatan kepada diri kita sebelum ini.


Sebelum Allah menghantar balanya,marilah sama-sama kita berusaha menangguhkan dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah dan perlu ingat,zikir bukan semata-mata dilakukan selepas solat,ianya boleh dilakukan dengan cara menuntut ilmu agar hati kita semakin bersih dan kita semakin celik dengan agama kita sendiri, 

Ingatlah,bahawa Allah tidak menzalimi hambaNya,hanya hambanNya sahaja yang menzalimi diri mereka kerana kita mengatakan kita cinta Allah dan Rasul tetapi hakikatnya kita mendustai dan akhirnya bala yang paling parah yang Allah akan turunkan kita akan semakin jahil dengan ilmu agama dan walapun kita semakin maju,tetapi hakikatnnya kita semakin mundur dari segi rohaniah dan itulah bala yang paling dasyat di muka bumi ini.

Jika kita mengatakan kita cinta Allah dan Rasul,zahirkannya dengan melakukan segala apa yang disuruh,tinggalkan apa yang dilarang.InsyaAllah,tidak ada orang dimuka bumi ini Allah zalimi mereka yang sayangkan Allah dan Rasul.

Sejarah sahabat menunjukkan bahawa Islam semakin luas berkembang disebabkan merekan cintakan Allah dan Rasul dan Allah telah berikan pelbagai nikmat dan mengangkat darjat mereka kerana mereka cintakan Allah dan Rasul dengan cinta yang hakiki,bukan di bibir semata-mata.

Mari merebut cinta hakiki^^

No comments:

Post a Comment