Sunday 31 July 2011

Perjuangan


Bismillahirahmanirahim,

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah,bersyukur terhadap Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya,dapat kita sama-sama menyambut bulan yang paling mulia ini kerana bukan semua orang dapat menyambut bulan yang mulia ini kerana ramai yang telah dijemput awal sebelum sempat menyambut bulan yang mulia ini. Dalam beberapa hari sebelum bulan Ramadhan tiba,ramai saudara-saudara kita telah awal-awal dijemput kembali kepada Pencipta-Nya walaupun Ramadhan hampir tiba dalam tiga hari sahaja.

Ramadhan sebenarnya ialah dengan kata lain bulan "offline" dengan syaitan dan "online" dengan Pencipta sekian alam dengan berusaha meninggalkan apa yang dilarang dan melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. dengan erti kata lain berjihad melawan hawa nafsu dan hasil "didikan" syaitan dalam sebelas bulan sebelum bulan Ramadhan ini walaupun dengan bersusah payah sekalipun.

Ramadhan juga merupakan bulan "upgrade" untuk umat Islam seluruh dunia.Manusia juga "upgrade" dari segi kehidupan seperti kalau dahulu kita pakai surat untuk menghantar kepada orang yang kita sayang,masa itu kita kena beli stem dan sampul surat untuk hantar kepada pejabat pos untuk menghantar surat kepada orang yang kita sayang,kena tunggu sampai dalam masa beberapa hari pula baru sampai surat kita,itupun kalau tidak berlaku kemalangan kepada posman. Namun,sekarang ini,tidaj perlu kita bersusah payah lagi untuk menulis surat,hanya sms melalui telefon bimbit sahaja dalam masa kurang seminit sampai kepada orang yang kita sayang. Kalau dahulu kita hanya menonton wayang kulit,sekarang kita boleh menonton telivisyen yang sekarang pula dilengkapi Astro,pelbagai lagilah rangcangan yang kita dapat tonton.

Begitu juga dengan rohani kita,perlu di"upgrade" lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan ini dengan harapan kita akan menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum bulan Ramadhan dan jiwa kita lebih dekat dengan Illahi dan juga rumahNya serta merasakan bahawa kita sentiasa didalam pemerhatianNya menyebabkan kita tidak berani melanggar segala perintahNya.

Bersama-samalah kita berjuang dibulan yang mulia ini untuk kita pastikan kita akan terus "offline" dengan syaitan buat selama-lamanya dan terus "online" dengan Pencipta kita. 

Selamat berjuang,
Mari Merebut Cinta Yang Hakiki. ^_^

2 comments:

  1. salam semua,maaf jika terdapat sedikit kesalahan dalam penulisan diatas dan selamat menyambut ramadahan al-mubarak kepada semua umat Islam

    ReplyDelete
  2. great!! like the words "offline" n upgrade..^_^
    SUBHANALLAH Maha suci ALLAH dr apa yg mereka sekutukan....

    dan ekceli kita tetap akan terus online dgn syaitan...kan dia ada tinggalkan senjatanya yg kuat yakni hawa nafsu.... syaitan akan terus cuba utk on9 dgn manusia..itu janjinya...

    manusia pula perlu upgrade ibadah n diri dr masa ke semasa... bila rasa Iman lemah, cepat2 upgrade..takut terbabas.... moga warga pendidik dan calon pendidik dapat bukan shj menjadi pendidik Konventional, tp jugak pendidik ISLAMIK..tiada apa yg igin dicapai oleh seorg hamba melainkan keredhaan dr Khaliknya...

    good entri...Ramadhan Kareem wal Mubarak...

    ReplyDelete