Friday, 23 September 2011

Kembali



Bismillahirahnirahim,

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah,syukur terhadap Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya masih lagi diberi kesempatan untuk beribadat kepada-NYA  sebagai khalifah dimuka bumi ini,Alhamdulillah. Sekali lagi saya mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana masih diberi peluang untuk memberi sumbangan kapada agama,bangsa,dan negara saya walaupun tidak sebesar mana kerana Allah S.W.T. melihat adakah kita berusaha menyebarkan syiahNYA dimuka bumi ini,bukan melihat adakah kita berjaya menjalankan dan berusaha menyebarkan syiahNYA.

Alhamdulillah,selesai sahaja solat maghrib di bilik hostel saya,saya terus bergerak ke surau kerana ingin menadah telinga saya dan mengisi jiwa yang kelaparan ilmu dan ingin memperbaharuai iman walaupun dengan keadaan yang agak sukar kerana kaki saya agak bermasalah sedikit dan jika ingin keluar saya perlu membalut luka saya,saya memohon agar disembuhkan penyakit saya ini agar saya dapat kembali berjuang lebih baik lagi demi agama,bangsa,dan negara.

Kuliah Maghrib yang disampaikan agak ringkas tajuknya iaitu pengamalan Al-Quran dan As-Sunnah(Hadis) dalam hidup kita.Penyampaian agak ringkas tapi bagi saya ianya sangat padat,saya tertanya-tanya adakah saya cukup mengamalkan ajaran yang terkandung didalam Al-Quran dan Hadis dalam hidup kita. Setiap tiap hari kita akan membaca Al-Quran paling kurang dalam solat iaitu Surah Al-Fatihah,pembukaan bagi Al-Quran. Surah Al-fatihah ayat 1-7 bermaksud:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

paling kurang kita membaca 17 kali sehari,persoalannya,adakah kita membaca doa atau berdoa?

Jika kita melihat diri kita sendiri dan bertanya adakah aku hanya menghafal doa dan menbaca sahaja dalam solat ataupun kita berdoa dengan penuh harapan,setiap hari kita memohan doa agar diberikan hidayah tetapi kita solat pun dengan sambil lewa terutama yang sedang menulis artikel ini.

Buktinya,selesai kita solat,kita masih lagi berani buat maksiat,memgumpat,melihat benda-benda haram,pakai pakaian yang tidak menutup sepenuhnya,dan banyak lagi benda yang kita lakukan seperti memperkecilkan Allah S.W.T. sedangkan kita sentiasa berdoa kepadanya. Katakan ada orang yang meminta kepada kita dan pada masa yang sama orang itu buat jahat kepada kita,secara adatnya adakah kita akan menunaikan permintaan orang tersebut,sudah tentunya tidak dan kalau kita beri sekalipun kita beri dengan penuh kebencian dan kita berasa sakit hati,sudahlah buat jahat kepada kita,minta kepada kita pula. 

Begitulah perumpaannya kita dengan Allah S.W.T.,setiap hari kita berdoa,solat,baca Al-Quran dan pada masa yang sama kita bencikan syariat Allah S.W.T. dalam segala aspek kehidupan kita,percakapan,perbuatan,pemakaian,dan sebagainya,bagaikan kita ini muka tembok.

Pesanan terutama kepada diri sendiri,kembalilah kita pada Al-Quran dan Hadis,serlahkanlah diri kita sebagai seorang muslim yang sejati,sebagai pembuktian kita cinta kepada Allah dan Rasul hendaklah kita melihat,menghayati atau memahami,dan melaksanakan apa yang dituntut didalam Al-Quran dan Hadis(hakikatnya datang daripada Allah S.W.T.),tidak cukup kita hanya berkata tetapi tidak memahami,tidak cukup kita memahami tetapi kita tidak melaksanakan,dan tidak cukup kita melaksanakan jika kita tidak faham apa yang kita laksanakan.

Waallahua'lam,

Mari Merebut Cinta Hakiki ^_^

4 comments:

  1. assalamualaikum...alhamdulillah..entry yg sgt brmanfaat buat kita suma trutama diri sy sendiri yg slalu ja lalai ni...

    .....smoga kaki cpt smbuh..hehe

    ReplyDelete
  2. Amin,tazkirah utk diri sendiri,diharap segala salah dan penambahbaikan yg kita blh berkongsi bersama sangat dialu-alukan^_^

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah..sama2 kita brjuang dijln Allah SWT...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete