Wednesday 29 August 2012

Erti kemerdekaan?





Bismillahirrahmanirahim

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah,

Tiada lagi ucapan sebagai seorang muslim dalam lafaznya setelah menerima nikmat dan segala keperluan yang telah Allah S.W.T. telah berikan kepada kita semua walaupun tidak kita minta akan nikmat tersebut tetapi Allah S.W.T. lebih mengetahui apa yang hambaNya perlukan semaada Muslim atau bukan Muslim. Maha Pemurah lagi Penyayang Allah S.W.T. terhadap hambaNya di dunia ini.

Alhamdulillah,kerana setelah kita semua lalui bulan Ramadhan,kini masuk dalam menyambut Bulan Syawal yang mana merupakan bulan untuk umat Islam bergembira setelah melalui proses pembersihan diri di bulan Ramadhan yang mulia ini dan di Malaysia pula kita akan menyambut bulan Kemerdekaan yang mana merupakan nikmat yang telah Allah S.W.T. kurniakan kepada rakyat Malaysia,iaitu meyambut Bulan Kemerdekaan dalam bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemenangan bagi umat Islam.

Sebagai umat Islam,kita wajib bersyurkur atas segala pemberian yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. yang mana telah banyak memberikan nikmat kepada kepada kita dan kadang kala orang lain yang berusaha tetapi orang lain yang mengecapi nikmat tersebut, Contoh yang mudah sahaja,lihat seorang bapa yang bertungkus lumus bekerja mencari rezaki untuk menyara hidup anak dan isteri sehingga sakit tetapi anaknya yang bersekolah,yang hanya kerjanya belajar semata-mata dapat merasai nikmat rezaki yang diusahakan olah si ayah dengan hanya meminta wang tanpa perlu bekerja seperti ayahnya. Jika difikirkan balik,berbaloikah si anak mendapat wang tanpa bekerja keras seperti ayahnya?

Sebab itu dalam Islam sangat dituntut untuk menjadi orang yang bersyurkur.Adakalanya kita tidak semestinya membalas dengan cara yang sama sebagaimana cara pihak lain berusaha untuk memperolehi nikmat sebagaimana yang kita kecapi,tetapi hendaklah kita membalas dengan cara menghargai nikmat yang kita perolehi atas usaha yang dilakukan oleh pihak tersebut.

Begitu juga dalam menghargai erti kemerdekaan.Pada tahun ini,umat Islam di Malaysia telah menyambut tiga kali kemerdekaan dan yang ketiga akan berlangsung tidak lama lagi ialitu Bulan Ramadhan,Bulan Syawal dan dalam Bulan Syawal Allah S.W.T. telah memberikan pula nikmat Kemerdekaan dalam negara.

Sebagai umat Islam,kita wajib memahami erti kemerdekaan yang sebenar kerana dengan memahami erti kemerdekaan yang sebenar barulah kita dapat membangun menjadi umat yang terbilang di zaman global ini.
Sia-sia sahaja kita menyangkakan kita telah merdeka tetapi hakikatnya hanya khayalan tidak ubah seperti angan-angan fantasi.Merdekakah kita jika masih dijajah dengan jahilliah pemikiran,jahilliah ilmu,jahilliah dengan perkara-perkara khurafat dan syirik,masih dalam dunia "katak dibawah tempurung" dan pelbagai jahillah lagi yang semakin berleluasa sehingga jika kita melihat,pasti kita tidak senang kerana kita bimbang akan menimpa diri kita dan keluarga kita.

Pelbagai kes-kes yang bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan yang kita berasa jemu untuk mendengarnya. Zina,pelacuran,pergaulan bebas yang tidak terkawal,lambakan bahan-bahan 18SX dan seumpananya lagi semakin berleluasa dalam masyarakat kita terutama kepada golongan muda. Ada kata-kata seorang ilmuan yang mengatakan bahawa jika kita ingin melihat bangun jatuhnya sesebuah agama,bangsa dan negara lihatlah pada pemuda pemudinya kerana merekalah yang akan mengantikan generasi lalu.Terbaru, pelajar perlu dipasang alat pengesan bagi mengelakkan ponteng sekolah. Pelajar bagaikan banduan yang perlu diawasi. Jika sampai ditahap ini masyarakat perlu sedar terutama Muslim,apakah erti kemerdekaan jika keadaan ini semakin parah,semakin lama usia merdeka sesebuah negara semakin parah jenayah dalam negara kita?

Tidak perlu menunding jari kepada sesiapa kerana jika kita menunding satu jari,empat lagi menunding kepada kita.Maknanya sebelum kita salahkan sesiapa,perlu kita bertanya kepada diri kita,sudahkah kita memainkan peranan kita ataupun kita hanya 2S(Syok Sendiri) dengan menyangka kita telah memainkan peranan kita menurut cara yang sebenar.

Walauapa sekalipun,marilah sama-sama kita mula mengambil langkah memahami erti kemerdekaan dengan erti kata yang sebenar,kelak Allah S.W.T. akan membalas dengan rahmatNya bagi kaum yang menjalani menurut kehendakNya.

Mari Merebut Cinta Hakiki^^


 

No comments:

Post a Comment