Friday 31 May 2013

Kebahagian itu tidak spesifik








 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Bersyukur terhadrat Illahi kerana masih lagi diberikan peluang untuk bernafas diatas muka bumi ini yang penuh nikmat dan tidak juga kurang dugaan yang sememangnya kita diberi untuk menguji kita sama ada menjadi seorang hamba yang beriman dengan sebenar-benar Iman. Mudah-mudahan kita tergolong dalam  hamba yang sebenar-benar Iman, bukan menjadi hamba yang beriman pada zahir sahaja, jauh sekali bukan pada zahir malah pada hatinya hilang keimanan.

Kita sering kali dengar perkataan sakinah, kebahagian, dan seumpamanya lagi yang menunjukkan bahawa seseorang insan itu berada dalam keadaan bahagia.

Ada yang kata apabila kita mendapat harta yang mewah dikira bahagia.

Ada yang mengatakan bilamana kita mendapat jodoh yang kita suka dikira bahagia.

Ada juga yang mengatakan  kita menjadi seseorang yang cemerlang dikira bahagia.


Pelbagai lagi kebahagian yang disebut sehinggakan tidak mampu hendak diungkapkan kebahagiaan apabila dia mendapat sesuatu yang bahagia baginya.
Ini adalah normal jika mendapat  sesuai yang baik dikira sebagai kebahagiaan.

Namun ada juga bilamana merasakan bahagia bilamana dia melakukan dosa yang terang-terang salah disisi syarak bahkan juga dari segi nilai kemanusiaan dan moral.

Merasa bahagian bilamana dia menindas orang lain.

Merasa bahagia bilamana dia membuat penipuan.

Merasa bahagia bilamana dia melanggar perintah Allah yang terang-terang jelas ianya salah.

Merasa bahagia bilamana dia melakukan perbuatan yang tidak bermoral yang terang-terang salah disisi agama sama ada khalayak umum mahupun secara sembunyi.

Dan pelbagai lagi

Nauzubillah,

Mohonlah kepada Allah agar kita tidak tergolong didalam golongan yang kebahagiaan itu dengan melakukan dosa-dosa kerana pada masa itu nilai Iman dia telah rosak. Hanya Rahmat dan Hidayah Allah sahaja yang mampu meyelamatkan mereka yang berada didalam golongan ini.

Hakikatnya, kebahagian itu tidak spesifik bagi setiap insan. Setiap insan lain kebahagiannya yang dia rasa. Namum untuk menerima kebahagiaan itu juga mesti bergantung pada nilai dan tahap Iman yang berada didalam sanubari setiap insan.

Jika insan itu mempunyai hati yang baik lagi disinari oleh Nur Iman, InsyaAllah, kebahagian yang datang kepadanya juga merupakan kebahagiaan yang baik.

Jika insan itu mempunyai hati yang tidak baik lagi kurang sinaran Nur Iman, kebahagiaan yang datang juga kebahagian yang tidak baik walaupun pada pandangannya ianya baik.

Mohonlah kepada Allah agar diberikan kebahagian yang sebenar-benar lagi diredhaiNya kerana hati Insan sebenarnya dari lubuk hatinya mengenal kebahagiaan yang sebenar.

Mukmin sejati mencari cinta hakiki

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salamu'alaik wtb.., sekadar perkongsian:
    seorang ustaz kt skolah dulu pnah kata ni
    “kejayaan itu tidak hanya apabila kamu berjaya mendapat keputusan peperiksaan cemerlang, atau segulung ijazah kelas pertama, seorang lelaki yang mendapat anak merupakan suatu kejayaan bergelar ayah buatnya, wanita yang melahirkan anak-berjaya melahirkan zuriatnya, bayi yg bertatih kemudian mampu berjalan itu adalah kejayaan buatnya.. setiap perkara walau sebesar atau sekecil manapun ada kejayaan terselit di situ, bergantung kepada cara kamu mentafsirkan kejayaan itu. Sebenarnya apabila kamu dilahirkan ke dunia ini pun kamu sudah mencapai suatu kejayaan yang besar. Kerana sewaktu kamu hendak disenyawakan di alam rahim kamu telahpun bersaing dengan saudara-saudara kamu yang lain, dan kamu telah menang dalam persaingan itu. Sembilan bulan kamu mengharungi kehidupan di alam rahim dan kamu telah berjaya mengharungi alam itu. Kemudian kamu dilahirkan dan kamu berjaya menikmati udara di bumi Allah SWT.”

    ReplyDelete