Wednesday 28 May 2014

Belajar bukan sekadar menghafal.





Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, bersyukur terhadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya mampu kita berjalan dimuka bumi ini dengan mengecapi segala nikmat yang dikurniakanNya tanpa mengira bangsa dan agama. Semoga kita berada dalam kalangan hamba yang diredhaiNya, InsyaAllah.

Pejam celik, pejam celik, sudah hampir menamatkan pengajian di muka bumi murobbi ini yang penuh dengan pelbagai suka dan duka sepanjang menuntut di UPSI ini. Pelbagai ragam dan karenah yang jumpa sepanjang menuntut disini sehinggakan juga tidak terfikir atau terlintas dikepala sebelum memasukki UPSI ini yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh cendikiawan sebelum UPSI dinaikkan sebagai universiti, sebelum itu UPSI dikenali sebagai IPSI, sebelum IPSI juga dikenali sebagai SITC dan seterusnya pelbagai nama diberikan kepada institusi ini yang belum saya mampu menghafalnya. Pun begitu, suka saya katakan, bersyukur terhadrat Illahi kerana banyak hikmah yang saya dapati sepanjang menuntut disini dan berharap tidak berakhir sampai disini sahaja pembelajaran saya.

Memulakan perjalanan sebagai seorang mahasiswa Ijazah sarjana muda bukanlah semudah yang difikirkan. Bukan kerana sukarnya subjek pembelajaran dan tidak juga sukarnya berurusan dengan pelbagai keadaan disini kerana apabila kita sudah biasa dengan keadaan disini dan mula belajar sikit demi sedikit, dengan izin Allah kita akan lalui dengan mudah apabila sudah terbiasa dengan keadaan disini.

Tetapi apa yang penting apa yang terjadi pada saya dan apa yang saya peroleh sepanjang disini untuk menghadapi dunia luar.

Mungkin sebahagian daripada kita sudah merasakan bahawa dengan mendapat keputusan yang cemerlang sudah memadai untuk menghadapi dunia luar ataupun yang sangat aktif dengan pelbagai aktiviti sama ada anjuran pihak universiti ataupun pihak luar. 

Namun persoalannya, 

Apakah dengan hanya mendapat dekan kita sudah dikira matang ?

Apakah dengan kita bersuka-ria menyertai pelbagai aktiviti hanya untuk kepuasan kita sepanjang menjadi mahasiswa akhirnya tidak mampu membentuk diri kita dengan lebih baik.

Persoalan ini sering kali bermain difikiran saya sepanjang menuntut disini dan mungkin pelbagai persoalan yang banyak yang tidak mampu saya luarkan dalam bentuk tulisan ataupun kata-kata. Apa-apapun tulisan ini bukanlah untuk meluahkan perasaan, cuma sedikit persoalan yang bermain difikiran saya yang hendak saya kongsikan. Semoga Allah memelihara dan memberi petunjuk kepada kita semua.

Sekali-sekala saya melihat gelagat mahasiswa yang pada pandangan saya hanya sekadar mahasiswa yang "read and tell". Membaca dan mengulang kaji pembelajaran, menyiapkan assignment dan akhirnya meluahkan dalam dewan peperiksaan dan mendapat keputusan yang cemerlang tetapi tidak membawa apa-apa perubahan pada diri. Mungkin pengetahuan bertambah, namun ianya menjadi sekadar maklumat yang hanya digunakan apabila tibanya soalan dan selepas itu simpan dalam "hard disk" kepala kita.

Pembelajaran kita tidak membawa kita semakin mendekatkan diri kepada Allah.

Kita hanya belajar sekadar dipinggiran sahaja, langsung tidak membawa perubahan.



Di dalam surah Al-'Alaq ayat 1-10  yang bermaksud :


1.  Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,

2.  Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

3.  Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah,

4.  Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,

5.  Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

6.  Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,

7.  Karena dia melihat dirinya serba cukup.

8.  Sesungguhnya Hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).

10.  Seorang hamba ketika mengerjakan shalat



Ayat ini seringkali kita mendengar bahkan boleh saya katakan majoriti kita apabila ditanya apakah surah pertama yang diturunkan, jawapannya ialah Surah Al-'Alaq. Di manakah surah ini diturunkan, jawapnya di Gua Hira', Mekah. Dan seterusnya yang sebahagian daripada kita mengetahui sejarah surah ini.

Namun apa yang saya hendak kongsikan bahawa ini merupakan perintah Allah yang mana mengajar kepada kita untuk menuntut ilmu supaya semakin kembali kepadaNya, yakni kembali kepada segala perintah larangan dan suruhanNya kepada kita. Dalam ayat diatas juga membuatkan saya rasa ibarat dijentik apabila membaca ayat diatas yang mana Allah memberi amaran kepada manusia kerana melampaui batas dan berasa serba cukup, iaitu secara mudahnya rasa pandai.

Allah memberikan peringatkan kepada kita agar mempelajari ilmu bukan membuat kita semakin ego atau semakin tidak takut kepada Allah, tetapi mengajar kepada kita supaya semakin kita belajar, semakin kita dekatkan diri kepada Allah. 

Macam mana hendak dekatkan diri pada Allah ?

Allah memerintahkan kepada kita agar membaca dengan namaNya, iaitu menghadirkan rasa kehambaan kita dalam menuntut ilmu. Seseorang hamba yang belajar mengikut kaedah yang Allah perintahkan akan membuatkan dia semakin faqih. 


Faqih tidak sama dengan menghafal. 


Seseorang yang penuntut yang faqih ialah penuntut yang bukan sahaja cemerlang dalam pembelajarannya, bahkan membuatkan jiwa dia semakin takut dan tunduk kepada Allah, tidak merasa puas menambahkan ilmu . Juga tidak merasa sombong bahkan semakin membentuk akhlaknya sebagai seorang yang dikatakan belajar atau menuntut ilmu dengan murni sekali.

Berlainan pula dengan orang yang hanya menghafal ilmu. Apa yang dia pelajari tidak membawa apa-apa perubahan kepadanya bahkan membuatkan dia semakin jauh daripada Allah. Ilmu yang dipelajari tidak mengikut kaedah yang Allah perintahkan menyebabkan dia ibarat manusia yang "read and tell" , sekadar manusia yang menghafal tetapi tidak mempunyai jiwa kehambaan.


Kesimpulan,

Pembelajaran bukan sekadar mencantikkan slip peperiksaan bahkan bukan sahaja memenuhi sijil anugerah kecermelangan kita tetapi yang penting apakah buah hasilnya sepanjang pembembelajaran kita tidak kira dalam kelas atau melibatkan dalam pelbagai aktiviti namun pastikan kita mendapat hasil daripada apa yang kita pelajari dan apakah hasil yang kita belajar semakin membentuk diri kita menjadi hamba yang sesuai dengan perintah Allah dalam Surah Al-'Alaq diatas, ataupun sebaliknya. 

Mari Merebut Cinta Hakiki

2 comments:

  1. assalamualaikum saudara, saya dah baca hasil penulisan saudara. Input yg saudara sampaikan saya kira boleh bagi lima bintang, cuma kelemahan sedikit dari segi bahasa. Susunan bahasa, typing error dan gaya bahasa adalah sesuatu yang teramat penting dalam menyampaikan sesuatu mesej, terumatama dalam metod dakwah. Menurut pengkajian yang saya amati dalam kalangan pendakwah yang lain. Gaya bahasa dan penulisan merupakan komponen terbaik yg mereka miliki dalam lingkup ilmu yang perlu dimiliki untuk berdakwah. Jadi pandangan saya, usaha saudara amatlah dipuji kerana mengajak manusia sentiasa kembali kepada Tuhan, cuma cara penulisan perlu diperbaiki. Y(^_^)Y

    ReplyDelete
  2. wlsm wtb...InsyaAllah, maaf dan terima kasih...memang sangat diperlukan komen yg membina. Kelemahan saya juga dalam menguasai bahasa dgn baik.

    ReplyDelete