Friday 11 March 2011

Bersyukurkah kita ?

 Bismillahirahmanirahim,syukur Alhamdulillah,dengan berkat limpah rahmatNya,dapat lagi saya menulis dalam blog cintaillahi-fadhlan saya.Kepada sahabat-sahabat,saya doakan anda semoga berada dalam keadaan sejahtera.

Sahabat-sahabat sekalian,setiap benda yang diciptakan oleh Allah S.W.T. mempunyai peranan masing-masing dan tujuannya satu sahaja iaitu memakmurkan bumi Allah ini. Pokok mempunyai peranannya tersendiri,laut mempunyai peranan tersendiri,langit dan setiap benda mempunyai peranan tersendiri tetapi pernahkah kita terfikir adakah setiap makhluk yang dciptakan oleh Allah S.W.T.mengeluh,pernahkah kita memdengar rentetan rumput memgeluh kenapa Allah S.W.T. jadikan dia kecil dan hanya dipijak-pijak,kenapa dia tidak dijadikan macam pokok yang besar dan kuat dan pernahkah kita mendengar kisah pokok besar menghina rumput atau pokok yang lebih kecil daripadanya? Tidak sekali-kali,kenapa ianya berlaku macam itu,kerana mereka redha dan bersyukur terhadap Illahi.

Jika kita lihat hari ini,ramai yang tidak bersyukur dengan ketentuan yang telah diberi oleh Allah S.W.T. . Ramai manusia mengeluh apabila dapat sesuatu yang bukan mencapai kehendaknya. Bukankah Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.

Ingatlah sahabat-sahabat,walau apa pun yang kita dapat,hendaklah kita bersyukur terhadapNya kerana itulah yang terbaik. Allah S.W.T. tidak sekali-kali menzalimi hambaNya. Hari ini kita diuji kerana Allah S.W.T. hendak menaikkan darjat seseorang hamba dan menambahkan kematangan kita dan siapa tahu dimasa depan ada nikmat yang besar menanti apabila kita berjaya melalui cabaran yang diberikan oleh Allah S.W.T.  

Sekali lagi ingin dingatkan terutama buat diriku yang lupa,hendaklah kita sentiasa bersyukur terhadap apa yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dan sentiasa berusaha meningkatkan prestasi diri menurut syariat Islam agar kita sentiasa berada dalam keredhaanNya.

No comments:

Post a Comment